Tuesday, June 30, 2009

:AGM" KPPRSM cawangan Negeri Perak

KPPRSM cawangan Negeri Perak telah berjaya mengadakan Mesyuarat dwi tahunan ke 23 pada 29 Jun 2009. Dalam pemilihan jawatankuasa sessi 2009-2011, ahli-ahli telah memilih Saudara Haji Razali Ismail sebagai Pengerusi, Saudara Kassim Mohd Zin sebagai Setiausaha mengantikan saudara Mohd Muktaridi yang tidak bertanding sementara saudara Zabidi Mohd Taib sebagai Bendahari. Pihak KPPRSM merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada saudara Mohd Muktaridi yang melepaskan jawatan kerana akan bersara.Saudara Othman Ahmad selaku SUA mewakili Presiden KPPRSM menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian mesyuarat tersebut.

Thursday, June 25, 2009

MESYUARAT AGONG KPPR CAWANGAN NEGERI KEDAH

KPPR cawangan Negeri Kedah telah berjaya mengadakan mesyuarat agong ke 23 pada 25 Jun 2009 . Mesyuarat telah dirasmikan oleh TPRN Tuan Haji Adnan Din. Saudara Nek Kamal telah menang tanpa bertanding untuk jawatan Pengerusi cawangan sementara saudara Fauzi berjaya meneruskan menjawat jawatan setiausaha setelah menang dalam pertandingan 3 penjuru

Sunday, June 21, 2009

Meyuarat agong KPPR 2009 Negeri Melaka


PRESIDEN KPPR 2007-2009

Tuan Haji Shamsudin Mohd Noor telah dipilih sebagai Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA Semenanjung Malaysia sejak September 2006. Selain dari menjawat jawatan dalam Kesatuan RISDA beliau turut diamanahkan memegang jawatan sebagai Naib Presiden CUEPACS Malaysia mempengerusikan Gred Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan manakala beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi CUEPACS Bahagian Negeri Kelantan.
Didalam pengerakan koperasi beliau aktif dengan menjadi ahli lembaga koperasi dan jawatankuasa sejak tahun 1985 lagi. Pada masa kini beliau memegang Jawatan sebagai Pengerusi Koperasi Pekebun Getah Jajahan Pasir Mas Berhad setelah lebih 10 tahun menjawat jawatan setiausaha koperasi tersebut.

Thursday, June 18, 2009

Meyuarat agong KPPR 2009

Tahun ini adalah tahun mesyuarat agong dwitahunan KPPR seluruh negara. Sebanyak 12 cawangan kppr dikehendaki mengadakan mesyuarat agong sebelum berakhir 30 Jun 2009. Setakat 18 Jun 2009 beberapa cawangan telah mengadakan mesyuarat agong saperti Terenganu, Pahang, Kelantan,Melaka, Negeri Sembilan, Johor,Wilayah dan Pulau Pinang. 3 buah cawanganyang belum mengdakan mesyuarat ialah Kedah,Perlis dan Perak.