Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

Sebagai Presiden KPPRSM mewakili Ahli Majlis Tertinggi dan Exco KPPRSM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 kepada Semua warga RISDA serta keluarga dimana sahaja berada. Semoga anda semua bergembira disamping keluarga. Pada tahun ini kemungkinan ada rakan kita yang terpaksa berhari raya di rantau orang(Sawarak). Tabahkan hati, kuatkan semangat demi tugas untuk negera.

Secara peribadi saya memohon ampun dan maaf dari semua pihak , bermula dari Dato Ketua Pengarah hingga peringkat bawah. Jika ada salah dan silap samada secara sengaja atau tidak sengaja semasa memimpin KPPRSM. Sesungguhnya segala kebaikan adalah datangnya dari Allah Subhanahuwataala dan segala keburukan itu adalah dari kelemahan diri ini.Mohon maaf dan Selamat Hari Raya!

Friday, September 11, 2009

860,000 Dapat Saguhati Raya dan Tahun Baru

Seramai 860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan menerima hadiah Aidilfitri apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 seorang, semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata separuh daripada bantuan berkenaan dibayar sebelum Aidilfitri, manakala bakinya pada Disember."Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini. Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata pembayaran itu akan membabitkan implikasi kewangan kepada kerajaan sebanyak RM430 juta. Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman, menyifatkan pemberian bantuan khas itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada golongan berpendapatan sederhana bagi menceriakan sambutan Aidilfitri.Beliau berkata, walaupun jumlahnya kecil, kakitangan kerajaan tidak seharusnya berasa kecewa, sebaliknya bersyukur kerana kerajaan masih prihatin dengan bersetuju memberi bantuan dalam keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya. "Pemberian ini bukannya bonus, sebaliknya bantuan khas atau sagu hati yang diberi kepada kakitangan sokongan. "Kita tidak boleh membandingkan pemberian bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 yang diterima tahun lalu," katanya ketika dihubungi Berita Harian. Cuepacs sebelum ini merayu kerajaan membayar bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam dengan separuh daripadanya dibayar sebelum Aidilfitri, manakala bakinya pada Disember.Omar berkata, Cuepacs sebenarnya tidak pernah menekan kerajaan supaya memberi bantuan kewangan itu, malah sedia menerima keputusan jika peruntukan berkenaan tidak boleh diberi tahun ini. Sehubungan itu, beliau menasihatkan kakitangan yang menerima bantuan itu supaya bijak mengurus perbelanjaan. Beliau berkata, pembayaran dua kali bagi bantuan khas kewangan itu juga bertujuan membolehkan kakitangan awam merancang perbelanjaan untuk menyambut Aidilfitri dan membeli kelengkapan persekolahan anak.

Tak Bagi Salah,Bagi Salah!.. maka semua.......?

Pemberian sagu hati RM500 memberikan pelbagai komen pelbagai pihak. Diantara komen yang diterima ialah:-
  1. Alhamdulillah dan terima kasih ada juga walaupun sedikit saguhati, lebih baik dari tiada langsung. Mungkin ini saja kemampuan pihak kerajaan untuk membantu kakitangan awam diperingkat bawahan. Kalau boleh bonus sekurang-kurang 1 bulan gaji nak la juga.
  2. Kumpulan P&P ada yang bersetuju dan sedar bahawa RM500 memang patut diberikan kepada kumpulan sokongan dan bersetuju kumpulan P&P tidak memerlukan, tetapi kalau bagi tidak salah.
  3. Kumpulan P&P ada juga yang tidak setuju nak juga walaupun RM500/2x katanya tak adil!, marah semacam! katanya kakitangan awam adalah sama, bagi sedikit macam minta sedekah dan macam-macam lagi yang tak perlu dinyatakan disini.
  4. Ada juga Kakitangan Sokongan yang tak puas hati pasal sedikit, hampeh! katanya tetapi tak ada pulak yang tak mahu terima RM500 tuu!!
  5. Pihak pesara juga ada bertanya.. kumpulan kami tak dapat ke? tak dapat RM500 ..separuh pun jadilah!
  6. Pihak swasta dan orang awam pun ada setuju dan tidak setuju pendek kata ada pro dan kontra laaa...

Apapun komen dan pendapat adalah hak individu yang kita tidak boleh nak sekat atau pertikai. Hanya kita sama-sama fikir dengan rasional tanpa emosi dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau fahaman politik. Yang pasti RM500/2x dapat memberi suntikan galakan aktiviti ekonomi dalam negara. Ianya akan memberi faedah kepada semua pihak saperti peniaga, pekerja binaan, ibubapa serta sanak saudara kerana ianya akan dibelanja bukan nak simpan dalam bank kerana pekerja sokongan tak cukup duit nak belanja. Sebenarnya duit ada banyak mana pun tak cukup! kehendak manusia tiada penghujungnya. Hanya mereka yang bijaksana mampu mengawalnya.


Majlis Meraikan Pak Lah


Thursday, September 10, 2009

RM 500 sebagai sagu hati bukan bonus

Alhamdullilah sumbangan kerajaan sebanyak RM500 sebagai saguhati kepada Kakitangan sektor awam menjelang Hari Raya dan Tahun Baru 2010. Dengan sumbangan tersebut dapat membantu bebanan yang terpaksa ditanggong oleh kakitangan kumpulan sokongan. Walaupun jumlahnya sedikit, tetapi amat bernilai bagi kakitangan yang amat memerlukan "Lebih baik ada daripada tiada langsung". Ibarat musafir haus dipadang pasir, nilai sititis air tidak ternilai harganya.
Pihak Kesatuan amat memahami keadaan ekonomi negara yang agak menurun, Kalau dilihat Peratus impot negara meningkat berbanding ekspot menurun sebanyak 45%. Dalam pemerhatian hari biasa di Bandaraya Kuala Lumpur antara jam 9.00 12.00 tengahari diadapati jalanraya tidak sibuk. Ini dapat membayangkan kekurangan aktiviti ekonomi pada masa ini. Semoga kita dapat bersabar dan bersama-sama dengan kerajaan untuk berjimat dan meningkatkan usaha bagi meningkatkan kembali ekonomi negara. "Belanja ikut kemampuan"

Wednesday, September 9, 2009

Gagal KUP kerana Boss tak "Perakui"

Kuasa Ketua Jabatan memperakui kakitangan bagi mendapat kenaikan pangkat adalah merupakan satu kuasa yang muktamad bagi menentukan berjaya atau gagal seseorang kakitangan mendapat kenaikan pangkat secara "timebased promotion"KUP.

Pihak KPPR memandang serius perkara ini dan telah pun membincangkan dengan pihak pengurusan. Dalam menentukan "kuasa" memperakui oleh Ketua Jabatan digunakan dengan "betul" maka kakitangan yang gagal mendapat kenaikan pangkat disebabkan tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan boleh membuat rayuan kepada Pihak Ketua Pengarah.

Rayuan ini perlu ditimbangkan sebaiknya oleh Pihak Kedua bagi mengelakkan unsur-unsur emosi, peribadi dan yang tidak berkaitan dengan kerjaya antara kakitangan dengan ketua jabatan. Ketua Jabatan perlu menjelaskan secara perinci mengapa beliau tidak memperakui kakitangan tersebut.

Tahniah! KUP timebased Promotion

Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan RISDA yang telah mendapat surat kenaikan pangkat secara KUP bagi setiap gred jawatan. Pihak KPPR merakamkan ucapan tahniah kepada semua ahli-ahli yang mendapat kenaikan gaji. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan RISDA kerana berjaya melaksanakan Timebased promotion secara KUP dalam tempoh yang singkat.
Kepada mereka yang belum mendapat kenaikan perlu mengenalpasti apakah sebab yang menyebabkan mereka gagal? Syarat mendapat kenaikan adalah :-

1. Berkhidmat lebih 15 tahun
2. Lulus PTK tahap 3:3
3. Melepasi SKT 80% purata 3 tahun berturut.
4. Tiada tindakan tatatertib
5.Diperakui oleh Ketua Jabatan

Pastikan apakah sebab-sebabnya?, Jalan penyelesaian perlu dicari bagi mencapai kenaikan pangkat secara KUP.