Thursday, April 28, 2011

KAD PESARA

Kad Pesara Kerajaan Malaysia dikeluarkan di bawah Seksyen 23, Peraturan-peraturan Pencen 1980 bagi Pesara/Penerima Pencen Perkhidmatan Awam atau Seksyen 20, Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak berkuasa Berkanun dan tempatan bagi pesara/Penerima Pencen Pihak berkuasa Berkanun dan tempatan.

Kad Pesara merupakan Pengenalan Diri Pesara bagi membolehkan memperoleh kemudahan perubatan di Hospital Kerajaan. Kemudahan kad pesara ini layak dinikmati oleh pesara/penerima pencen, juga kepada isteri/suami penerima pencen dan juga kepada anak-anak di bawah umur 18 tahun atau 21 tahun bagi anak yang masih menerima pendidikan tinggi(tiada had umur bagi anak cacat akal jasmani kekal).

Penyalahgunaan kad pesara boleh didakwa di Mahkamah di bawah Seksyen 24 Peraturan-peraturan Pencen 1980 atau Seksyen 21 Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan, yang mana berkenaan.

Jika terdapat sebarang kerosakan atau kesilapan butiran dalam kad pesara, sila hubungi 03-88854786 atau alamatkan ke Unit Kecil Kad Pesara, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Permohonan penggantian kad pesara yang hilang atau rosak(disebabkan oleh pesara/penerima pencen) hendaklah disertakan dengan mengemukakan satu salinan Laporan Polis.

Kad Pesara ini hendaklah diserahkan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia apabila pemiliknya hilang kelayakan menerima pencen.

KEMUDAHAN BARU BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DARI OGOS 2009 SEHINGGA OGOS 2010

Pemanjangan Kemudahan Perubatan Kepada Keluarga Bagi Pegawai Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak

Rujukan : Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2010 Tujuan : Diberi kepada pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak. Syarat : (i) Pelaksanaan pemanjangan kemudahan perubatan kepada keluarga bagi pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak adalah seperti berikut: a) Ahli keluarga yang layak adalah terdiri daripada seorang suami atau isteri dan [...]


Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan

Rujukan : Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2010 Syarat : (i) Diberi kepada pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan; (ii) Pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak yang dibayar Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan tidak layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan; (iii) Pegawai bukan warganegara yang [...]


Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak Atau Labuan

Rujukan : Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2010 Syarat : Diberi kepada pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan; Kadar : (i) Pelaksanaan Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak atau Labuan adalah seperti berikut: 1. kadar Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak atau Labuan adalah berdasarkan [...]


Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di Instituti Pengajian Tinggi Awam

Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2010 Syarat : (i) Pensyarah Perubatan yang layak dibayar Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Di IPTA adalah pegawai tetap, sementara dan kontrak (contract of service). (ii) Pensyarah Perubatan adalah layak dibayar Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di IPTA kecuali bagi pegawai yang berada dalam keadaan-keadaan seperti berikut [...]


Cuti Tanpa Rekod Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Organ

Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2010. Tujuan : Memberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang menderma organ. Syarat : Diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak (contract of service), sangkut dan guru sandran. Pegawai yang berhasrat untuk menderma organ hendaklah mematuhi semua peraturan dan prosedur [...]


ELAUN BARU BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DARI OGOS 2009 SEHINGGA OGOS 2010

BIL. NAMA RUJUKAN KADAR (RM) KUAT KUASA 1. Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak Atau Labuan Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan SPP Bil. 6 Tahun 2010 Berdasarkan PP yang berkuat kuasa 1 Julai 2010. 2. Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan di Institusi Pengajian Tinggi PP Bil. 8 Tahun 2010 400.00 – 1,200.00 sebulan 1 [...]


PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DARI OGOS 2009 SEHINGGA OGOS 2010

BIL. NAMA RUJUKAN KADAR (RM) KUAT KUASA 1. Pelantikan Syarikat Bagi Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian SPP Bil. 10 Tahun 2009 Tiada 24 Julai 2009 2. Pembayaran bagi perbelanjaan Kemudahan Perubatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. JPA(SARAAN)(S) 264/15/16-4 Jld.8(4) bertarikh 26 November 2009 [...]


Cuti-Cuti Lain

1. Cuti Menjaga Anak 2. Cuti Haji 3. Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Mereka Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Luar Negeri 4. Cuti Sabbatikal 5. Cuti Membuat Kerja Penyelidikan 6. Cuti Sambilan 7. Cuti Berkursus 8. Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan 9. Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab [...]


PENAMBAHBAIKAN ELAUN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DARI OGOS 2009 SEHINGGA OGOS 2010

BIL. NAMA RUJUKAN KADAR (RM) KUAT KUASA 1. Elaun Luar Penghulu SPP Bil.11 Tahun 2009 200.00 -300.00 sebulan 2 Julai 2009 2. Penambahbaikan Syarat Elaun Perumahan Wilayah Kepada Pasangan Yang Membeli Rumah Dalam Stesen Pegawai Berkhidmat Dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan JPA(S)63/151 Klt.23(8) bertarikh 14 Julai 2009 Tiada 1 Ogos 2009 3. Bayaran Insentif Pentadbiran Hospital [...]


BIL. NAMA RUJUKAN KADAR (RM) KUAT KUASA 1. Pemberian Pelepasan Seperti Bertugas Rasmi Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Petugas Lembaga Tabung Haji Di Tanah Suci Semasa Musim Haji JPA(S)223/8/3 Klt.13(26) bertarikh 26 November 2009 Tiada 15 Oktober 2009 2. Pemanjangan Kemudahan Perubatan Kepada Keluarga Bagi Pegawai Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak SPP [...]

PENAMBAH BAIKKAN SKIM FAEDAH PERSARAAN (1968-2009)


1 Ogos 1968

Pelaksanaan skim faedah persaraan yang diperakui oleh Suruhanjaya DiRaja Suffian untuk pegawai Perkhidmatan Awam. Pemberian ganjaran ( dan ganjaran terbitan untuk balu dan anak gemulah pegawai ) sebagai faedah tambahan dan asingan daripada pencen / pencen terbitan. Pemberian pencen terbitan untuk tempoh 12 ½ tahun daripada tarikh persaraan atau kematian dalam perkhidmatan pegawai.

1 Mei 1969

Pelaksanaan skim faedah persaraan yang diperakui oleh Suruhanjaya DiRaja Harun untuk pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang mencontohi skim pegawai Perkhidmatan Awam.

1 Januari 1974

Pemberian Wang tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat ( GCR ) atas kadar 1/30 gaji akhir bagi setiap hari Cuti Rehat yang luput (iaitu Cuti Rehat yang tidak terpakai pada penghujung tahun melebihi kelayakan setahun ) sehingga maksimum 90 hari.

1 Januari 1976

Pemberian pencen terbitan seumur hidup (100% dari pada kadar asal selama 12 ½ tahun daripada tarikh persaraan atau tarikh kematian dalam perkhidmatan, dan 70 % selepas itu).

1 Januari 1976

Anak diberi pencen sehingga umur 21 tahun atau sehingga tamat atau berhenti mendapat didikan di institusi pelajaran tinggi ke arah ijazah pertama, mana yang terkemudian, selagi tidak berkahwin.

1 Januari 1976

Dilaksanakan persaraan demi kepentingan perkhidmatan awam dan persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan (persaraan penswastaan / pengkoporatan).

1 Julai 1980

Penyelarasan pencen setiap kali berlaku pelarasan gaji sektor awam, dengan syarat pesara atau penerima pencen bermastautin di Malaysia.

1 Julai 1980

Pencen terbitan diberi kepada duda sekiranya gemulah isterinya pernah berada dalam perkhidmatan pada dan selepas 1 Julai 1980.

1 Julai 1980

Pencen hilangupaya dan pencen tanggungan diberi dalam keadaan pegawai dikehendaki bersara atau beliau meninggal dunia akibat kemalangan dalam perjalanan.

22 Oktober 1982

Ganjaran dikecualikan daripada cukai pendapatan (bagi semua kes persaraan yang diluluskan pada atau selepas 22 Oktober 1982).

1 Januari 1984

Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) atas kadar 1/30 gaji akhir bagi setiap hari Cuti Rehat yang dikumpulkan (iaitu Cuti Rehat yang tidak terpakai pada penghujung tahun, selepas diasingkan pengumpulan untuk GCR daripada Cuti Rehat bawa ke tahun hadapan) sehingga maksimum 90 hari.

12 April 1991

Tempoh perkhidmatan yang dimasukira yang melayakkan pemberian taraf anggota berpencen dikurangkan daripada 10 tahun kepada 3 tahun.

12 April 1991

Anggota baru dilantik diberi opsyen untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

12 April 1991

Umur minimum untuk bersara secara pilihan dikurangkan kepada 40 tahun untuk semua anggota; dengan pemberian pencen mulai umur 45 (perempuan & lelaki dalam jawatan tertentu) / 50 (lelaki) atau 55/56 (semua anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, mengikut opsyen umur persaraan wajib 55/56.

1 Januari 1992

Opsyen bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun & Tempatan untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (dengan caruman KWSP oleh majikan secara kebelakangan) apabila memilih untuk diasingkan sistem saraannya daripada Sistem Saraan Kerajaan (SSB / SSM).

1 Januari 1992

Pengambilan kira perkhidmatan lepas terputus atas sebab sebab yang diizinkan yang diselangi deengan perkhidmatan di sektor swasta sebelum berkhidmat semula dengan Kerajaan.

1 Januari 1992

Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat dikecualikan daripada cukai pendapatan (bagi tahun taksiran 1993 dan seterusnya).

1 Ogos 1993

Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat dikira berasaskan jumlah emolumen terakhir (iaitu gaji pokok + imbuhan tetap).

1 Januari 1995

Faktor pengiraan ganjaran dinaikkan daripada 5% kepada 7.5% gaji akhir bagi setiap bulan genap perkhidmatan.

1 Disember 1997

Opsyen bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun & Tempatan untuk memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja apabila memilih untuk diasingkan system saraannya daripada Sistem Saraan Kerajaan (SSB / SSM), tanpa caruman majikan kepada KWSP secara kebelakangan tetapi dengan diberi faedah persaraan untuk tempoh perkhidmatan sebelum pengasingan itu.

1 Oktober 2001

Umur persaraan wajib anggota dinaikkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun.

1 Oktober 2001

Pencen terendah dinaikkan daripada RM180 kepada RM280 dengan tempoh perkhidmatan 25 tahun ke atas.

1 Januari 2002

Pemberian pencen terbitan kepada balu duda yang berkahwin semula.

1 Ogos 2003

Maksimum Cuti Rehat yang boleh dikumpulkan untuk pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat dinaikkan daripada 90 hari kepada 120 hari, dengan dilbolehkan tambahan pengumpulan Cuti Rehat tahun persaraan sehingga maksimum kelayakan Cuti Rehat tahunan.

1 November 2004

Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat kepada anggota yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

1 Januari 2008

Syarat bermastautin di Malaysia di bawah undang- undang pencen telah dihapuskan.

1 Julai 2008

Umur persaraan wajib dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun.

1 Januari 2009

Menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan 30 tahun ke atas dan pencen terhad kepada 3/5 gaji akhir.

1 Januari 2009

Pencen terbitan dibayar 100% kepada ahli keluarga gemulah seumur hidup

1 Januari 2009

Pencen terendah dinaikkan daripada RM280 kepada RM720 dengan tempoh perkhidmatan 25 tahun ke atas

1 Januari 2009

Ibu atau bapa pegawai yang meninggal dunia tanpa meninggalkan waris akan dibayar pemberian ex-gratia sekali gus dan bukan pencen terbitan.

CUEPACS MINTA KERAJAAN SELARAS GAJI UNTUK IMBANGI KENAIKAN HARGA BARANG

KANGAR, 27 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini Rabu.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

Omar berkata Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya.

Selain itu, kesatuan tersebut juga menyarankan had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Tuesday, April 19, 2011

PERJUMPAAN PM DENGAN KAKITANGAN AWAM

Saudara Othman Ahmad selaku Setiusaha Agung KPPR memaklumkan bahawa JPA/CUEPACS akan mengadakan perjumpaan Hari Pekerja 2011 pada 10 Mei 2011 di PICC. Diharapkan pada perhimpunan kali ini diharapakan Perdana Menteri akan mengumumkan beberapa beritayang akan mengembira penjawat awam saperti :-

1. Cola
2. Kenaikan gred
3. Kenaikan Gaji
4. Bonus
5. Sistem alternatif mengantikan PTK



Pihak CUEPACs akan mengadakan sambutan 1 Mei 2011 Hari Pekerja di Ipoh,Perak. Kakitangan RISDA dijemput hadir untuk sama-sama meraikan Hari Pekerja anjuran CUEPACS 2011.

Naib Presiden KPPR bertukar


Saudara Saarani Bakar Naib Presiden KPPR bertukar dari PRD Grik, Perak ke PRD Padang Terap Kedah pada 1 Apri 2011. Beliau telah bertugas di Grik selama 2 tahun.

Diharapkan dengan pertukaran ini beliau akan dapat menumpukan lebih khidmat tugas hakiki dan kesatuan.

2010 TAHUN GEMILANG RISDA


Dato' Ketua Pengarah RISDA P RISDA memaklum bahawa tahun 2010 adalah tahun gemilang RISDA yang mana telah berjaya mendapat beberapa anugerah saperti :-

1. Anugerah Pengurusan Perkhidmatan Khidmat Pelangggan Terbaik
2. Sijil Bersih
3. Pengurusan Aset Terbaik
4. Pengurusan Kewangan Terbaik

Sunday, April 17, 2011

Sistem Alternatif mengantikan PTK



Satu sistem alternatif sedang dalam perbincangan bagi mengantikan PTK. Pihak MAMPU diberi tanggongjawab bagi merangka sistem alternatif. Difahamkan CUEPACS turut dipanggil bagi memberi pandangan dan cadangan bagi sistem baru mengantikan PTK.

Pada 8 April, 2011 Bertempat di Razak School Of Government Putrajaya pihak JPA./CUEPACS telah mendengar serta membincang sistem penilaian yang di laksana di PETRONAS dan Shell . Pengurus Besar HR( Human Reseources) kedua-dua Syarikat berkenaan .

Prinsip yang digunakan bagi menentukan markah ialah "Performance, capability & behavior". Selain Ketua Unit sebagai penilai, terdapat juga penilaian dari rakan sekeliling yang mengenali pegawai yang dinilai. Peluang kerjaya yang menarik diberi , bila seseeorang kakitangan dikenalpasti mempunyai kreadibiliti yang cemerlang. Pengerusi KPPR Kelantan yang juga selaku Pengerusi CUEPACS Kelantan turut sama dalam majlis yang dinama Majlis Perkongsian ilmu. Profesor Hamidin selaku Pengarah Urusan Razak School of government mempengerusikan majlis tersebut.

Monday, April 11, 2011

ADAKAH ANDA BERNAFAS DENGAN TEKNIK YANG BETUL??

APABILA diberitahu bahawa ramai orang dewasa tidak bernafas dengan betul, penulis terperanjat kerana berpendapat pernafasan antara tindakan di luar kawalan yang berlaku secara semula jadi.

Sebaliknya, bayi dan kanak-kanak melakukan teknik pernafasan yang betul. Baik si kecil atau orang dewasa, bukankah sama-sama bernafas melalui hidung, jadi di manakah bezanya? Jika diperhatikan, pernafasan bayi dan kanak-kanak sampai ke abdomen (perut) sedangkan pernafasan orang dewasa terhad hingga ke dada saja.

Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Zulkifli Abd Kadir, berkata untuk bernafas dengan betul ada caranya iaitu tarik nafas dalam-dalam hingga ke perut, iaitu perut akan ternaik sedikit dan bukan dada.

Jika dada yang ternaik, bermakna teknik anda masih belum betul. Pada masa sama jika boleh, ‘kunci’ dubur (kemut) dan lepaskan nafas perlahan-lahan melalui hidung.

Ulang teknik ini beberapa kali setiap pagi atau pada bila-bila masa. Latihan senaman pernafasan ini juga boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan, terutama ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Pernafasan yang baik dan betul ada banyak manfaatnya. Ini sebabnya tai chi, yoga, meditasi, pelbagai jenis sukan, termasuk seni mempertahankan diri, sangat mementingkan teknik pernafasan supaya ia memberi kesan lebih baik kepada badan.

Teknik pernafasan yang betul juga sangat penting bagi sesetengah kerjaya seperti penyanyi, pemuzik, perenang dan atlit. Malah, untuk mengaji al-Quran dengan baik pun kita memerlukan teknik pernafasan yang betul.

Sebenarnya, teknik pernafasan ada kaitan dengan keadaan psikologi. Apabila kita panik, cemas atau marah, kita akan bernafas dengan cepat. Jadi untuk menenangkan diri, kita disaran supaya menarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan.

Sememangnya cara ini boleh meredakan rasa cemas, panik atau marah. Bahkan teknik pernafasan juga digunakan sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan dan mengawal kemarahan.

Ada juga mengatakan, teknik pernafasan yang betul akan mempengaruhi kesihatan kerana ia boleh merangsang sistem limfa untuk berfungsi dengan lebih baik. Ini kerana sel badan bergantung kepada sitem limfa untuk mengeluarkan bahan toksik dan cecair berlebihan.

Teknik pernafasan yang betul juga sangat penting bagi pesakit asma. Apabila kita menarik nafas dalam-dalam, ia bermakna lebih banyak udara (terutama oksigen) akan masuk ke paru-paru. Cara ini secara tidak langsung akan merendahkan risiko serangan asma di kalangan pesakit.

Kajian terbaru yang dilakukan Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat mendapati, menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan beberapa minit sehari boleh membantu merendahkan tekanan darah.

Saintis yang diketuai Dr David Anderson percaya, cara kita ber nafas ada kaitan dengan tekanan darah. Katanya, kaedah pernafasan yang dilakukan kebanyakan orang ketika ini menyebabkan kita kekurangan oksigen.

Apatah lagi tabiat pemakanan yang tinggi kandungan garam akan melemahkan fungsi buah pinggang untuk menyingkirkan garam berlebihan tadi.

Tekanan darah tinggi seolah-olah menjadi penyakit biasa kerana kini orang muda turut mengalami masalah ini. Individu yang ada tekanan darah tinggi berisiko tinggi mendapat serangan jantung, strok, buah pinggang rosak, buta dan dementia (penyakit gangguan ingatan).

Meditasi, yoga, tai chi dan senaman lain yang setara dengannya membabitkan teknik pernafasan yang dalam dan perlahan dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah.

Kajian klinikal yang dijalankan InterCure Inc ke atas pengguna alat khas untuk membuatkan mereka bernafas secara perlahan selama 15 minit sehari dalam tempoh dua bulan mendapati, tekanan darah responden menurun sebanyak 10 hingga 15 mata.

Bagaimanapun perlu diingat, pernafasan yang betul bukan pengganti kepada ubat, pemakanan atau senaman, sebaliknya ia boleh dianggap tambahan kepada rawatan sedia ada.

Bagaimana pernafasan boleh membantu merendahkan tekanan darah masih menjadi teka teki. Menurut Dr Anderson, pernafasan perlahan memang boleh merehat dan mengembangkan salur darah dalam jangka masa pendek, tetapi ia belum cukup untuk menerangkan keajaiban ini.

Satu kajian dijalankan di Hospital Harbor, Baltimore, Maryland menggunakan satu mesin khas. Didapati dalam keadaan tertekan, kita akan bernafas dengan cepat, pendek dan tanpa disedari kita juga akan menahan nafas.

Tindakan menahan nafas sebenarnya mengganggu keseimbangan bahan kimia dalam darah, menyebabkan darah menjadi lebih berasid. Ia mengakibatkan kecekapan buah pinggang untuk menyingkirkan garam dari badan menurun. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

Namun teori Dr Anderson masih memerlukan sokongan saintifik lain. Walaupun penerangannya masih dianggap lemah, teknik pernafasan yang betul dipraktikkan sejak beribu-ribu tahun lalu.

Tanpa penerangan saintifik pun, manfaatnya terbukti dan tidak rugi jika kita mempelajari dan mengamalkannya. Pada masa sama, jangan lupa mengamalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan dengan melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta rajin bersenam.

COMMUNITY POLICING



Apakah itu community policing? Bagaimanakah ia memainkan peranan yang penting di dalam masa ini? Community policing merupakan satu kaedah di mana kerjasama di antara polis dan masyarakat di ujudkan untuk mencegah jenayah di dalam sesuatu komuniti tersebut.


Sesebuah komuniti yang berkerjasama rapat dengan pihak polis akan memudahkan pertukaran dan penyampaian maklumat. Kepercayan di antara kedua dua pihak dapat di pertingkatkan dan ini memudahkan interaksi yang lebih efektif dan penyaluran maklumat yang lebih berkesan.

Komuniti di sesuatu tempat sendiri dapat memberitahu polis mengenai orang orang yang di curigai kerana mereka lebih faham keadaan sekeliling mereka. Komuniti itu sendiri harus mempertingkatkan pengawasan dan pemahaman membantu satu sama lain untuk menjaga keamanan dan keharmonian komuniti itu sendiri.

Keberkesanan komuniti itu sendiri untuk menghindarkan atau melapurkan kepada pihak polis mengenai aktiviti yang memudaratkan komuniti, akan menyebabkan anasir anasir jahat di berkas atau pun boleh memaksa anasir anasir jahat untuk berpindah tapak.

Ini jelas akan mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dan juga menaikkan mutu komersial kawasan tersebut. Se andai nya kita ingin membeli rumah untuk keluarga kita, kita akan mencari perumahan yang selesa dan selamat. Kita tidak akan membeli rumah di kawasan perumahan yang di anggapkan kurang selamat.

Peningkatan tahap keselamatan juga akan mengurangkan perasaan takut kepada jenayah di mana komuniti tersebut tidak perlu takut takut kepada kehilangan harta benda atau kecederaan angkara perbuatan jenayah. Ini akan memberikan ketenangan hidup kepada komuniti tersebut di mana perhatian mereka akan lebih tertumpu kepada kerja hidup seharian mereka dari tertumpu kepada ketakutan jenayah.

Pihak polis pula dapat memudahkan kerja di mana peraliran maklumat akan memudahklan penyiasatan kes dan dapat melaksanakan kerja pencegahan awal jenayah. Bayangkan lah tuan/ puan mengenai kerugian akibat jenayah yang berlaku di Malaysia. Ini dapat di kurangkan dengan kerjasama erat di antara masyarakat

Maka adalah tepat untuk mengatakan bahawa community policing haruslah di laksanakan di Malaysia untuk kesejahteraan dan keselamatan bersama.