Friday, November 13, 2009

TIPS penggunaan Credit Card

1) Anggap credit card tu macam duit yg di pinjam dari AH LONG. Lagi byk diguna, lagi byk hutang dgn Ah Long, dan lagi byk risiko akan kena kejar dgn Ah Long

2) Walaupon ada credit card, JGN BOROS. Ramai yg boros SEBENARNYA takde duit, tapi BERLAGAK ada byk duit dgn menggunakan credit card. DISIPLIN, kenalah pandai CONTROL DIRI SENDIRI.

3) Kalau urgent sgt nak guna duit nak beli peti ais ke, TV ke, tapi takde duit, maka gunalah credit card tu. Dan kalau anda terpaksa berhutang dgn credit card, try la buat INSTALLMENT dgn kedai selama 12 bulan INTEREST FREE (0% interest). Sekarang ni byk kedai yg offer.

4) Kalau kedai tu tak offer installment, cuba2lah tanya CREDIT CARD CUSTOMER SERVICE anda kalau dia ada offer INSTALMENT / EASY PAYMENT / ETC selama 6 bulan,12bulan,24 bulan atau 36 bulan. Check berapa HANDLING FEE :- 3% (12bulan),4% (24 bulan) atau 5.5% (36 bulan).

5) Katakanlah kalau anda ada byk baki tertinggal dlm credit card tu, maka, trylah usha2 credit card lain yg OFFER BALANCE TRANSFER yg interest RENDAH malah 0% interest pon ada. Ada byk, tinggal nak carik aja… Carik smpai jumpe, then apply credit card tu, then terus buat balance trnsfer. Tapi dgn SYARAT, JGN APPLY CREDIT CARD LAIN PASTU DITAMBAH HUTANG LAGI.

6) Cubalah BAYAR IN FULL the STATEMENT BALANCE setiap bulan utk avoid interest, sebab setiap credit card offer about 20 days interest free period.7) Kalau apply CreditCard, apply la yg takde ANNUAL FEE. Ataupon yg ada first year NO ANNUAL FEE ke, etc. Masuk tahun kedua, langsaikan hutang, dan tutuplah credit card tu, …Atau, masuk tahun kedua, call and minta WAIVE annual fee.

D.U.I.T = Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal
Banyak cara nak control our budget ni… Yang paling penting ialah DISIPLIN and GOAL… Apa cara sekali pun samada pakai sampul, budget dsbnya tak bermakna apa2 kalau kita just hangat2 tah* ayam jek… Ada orang cakap jgn pakai credit card, but to me u must understand what is the purpose and function of credit card… kalau kita fikirkan betul2, we can make extra money by using credit card… contohnyer, kita bayar bill pakai credit card kita dapat 3 kelebihan -1. credit 21 days - u can roll this money for 21 days… investment is about time and money.. u have it both here..2. points - we gets point when we use our cards and can xchange with merchandise.. for free.
If u use your cards a lot, u can just call your bank and ask for annual fee waiver… i dont pay a single cent for my annual fee..3. rating - pay your card on time… your rating with the bank will increase coz they have your records… so kalu kita nak buat loan, etc.. a bit ease..Apa yang cuba saya sampaikan ialah apap pun cara yang kita buat, DISIPLIN paling penting… Set youl GOAL and go all out to achieve it… U shouls have a short, medium and long term planning. U should chart your own future but as they say.. kita merancang, Allah tentukan… but KITA mesti merancang… I follow DUIT styles… Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal… all 4 are there and just nicely in sequences… DUIT..

INFOMASI BAHAYA PLASTIK

Sudah banyak orang yang memberi peringatan, rumor, gosip bahkan artikel majalah tentang bahaya plastik. Tetapi tetap saja hanya segelintir orang yang menggubris, peduli atau sampai meneliti lebih lanjut.

Plastik adalah salah satu bahan yang dapat kita temui di hampir setiap barang. Mulai dari botol minum, TV, kulkas, pipa pralon, plastik laminating, gigi palsu, compact disk (CD), kutex (pembersih kuku), mobil, mesin, alat-alat militer hingga pestisida. Oleh karena itu kita bisa hampir dipastikan pernah menggunakan dan memiliki barang-barang yang mengandung Bisphenol-A. Salah satu barang yang memakai plastik dan mengandung Bisphenol A adalah industri makanan dan minuman sebagai tempat penyimpan makanan, plastik penutup makanan, botol air mineral, dan botol bayi walaupun sekarang sudah ada botol bayi dan penyimpan makanan yang tidak mengandung Bisphenol A sehingga aman untuk dipakai makan. Satu tes membuktikan 95% orang pernah memakai barang mengandung Bisphenol-A.

Plastik dipakai karena ringan, tidak mudah pecah, dan murah. Akan tetapi plastik juga berisiko terhadap lingkungan dan kesehatan keluarga kita. Oleh karena itu kita harus mengerti plastik-plastik yang aman untuk kita pakai.

Apakah arti dari simbol-simbol yang kita temui pada berbagai produk plastik?

1-PETE#1. PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa dipakai untuk botol plastik yang jernih/transparan/tembus pandang seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. Boto-botol dengan bahan #1 dan #2 direkomendasikan hanya untuk sekali pakai. Jangan pakai untuk air hangat apalagi panas. Buang botol yang sudah lama atau terlihat baret-baret.

2-HDPE#2. HDPE (high density polyethylene) biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu. Sama seperti #1 PET, #2 juga direkomendasikan hanya untuk sekali pemakaian.

3-V#3. V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah plastik yang paling sulit di daur ulang. Plastik ini bisa ditemukan pada plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Kandungan dari PVC yaitu DEHA yang terdapat pada plastik pembungkus dapat bocor dan masuk ke makanan berminyak bila dipanaskan. PVC berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.

4-LDPE#4. LDPE (low density polyethylene) biasa dipakai untuk tempat makanan dan botol-botol yang lembek. Barang-barang dengan kode #4 dapat di daur ulang dan baik untuk barang-barang yang memerlukan fleksibilitas tetapi kuat. Barang dengan #4 bisa dibilang tidak dapat di hancurkan tetapi tetap baik untuk tempat makanan.

5-PP#5. PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk yang berhubungan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untuk bayi. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih atau berawan. Cari simbol ini bila membeli barang berbahan plastik.

6-PS#6. PS (polystyrene) biasa dipakai sebagai bahan tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai, dll. Bahan Polystyrene bisa membocorkan bahan styrine ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem syaraf. Selain tempat makanan, styrine juga bisa didapatkan dari asap rokok, asap kendaraan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari dan banyak negara bagian di Amerika sudah melarang pemakaian tempat makanan berbahan styrofoam termasuk negara China.

7-other#7. Other (biasanya polycarbonate) bisa didapatkan di tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga. Polycarbonate bisa mengeluarkan bahan utamanya yaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merusak sistem hormon. Hindari bahan plastik Polycarbonate.

Masih banyak sekali barang plastik yang tidak mencantumkan simbol-simbol ini, terutama barang plastik buatan lokal di Indonesia. Oleh karena itu, kalau anda ragu lebih baik tidak membeli. Kalaupun barang bersimbol lebih mahal, harga tersebut lebih berharga dibandingkan kesehatan keluarga kita.

Pada akhirnya. Hindari penggunaan plastik apapun di Microwave. Gunakan bahan keramik, gelas atau pyrex sebagai gantinya.

Hindari juga membuang sampah plastik terutama yang mengandung Bisphenol-A sembarangan karena bahan tersebut pun bisa mencemari air tanah yang pada akhirnya pun bisa mencemari air minum banyak orang.

Semoga informasi ini bermanfaat.

Tuesday, November 3, 2009

Cadang Gred Pemandu dan Kemudahan dikaji

PULAU PINANG, 31 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengkaji semula gred gajipemandu di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan agar lebih sesuai dengan keadaan dan tuntutan semasa tugas mereka.Presidennya Omar Osman berkata kedudukan gred gaji pemandu ketika ini dianggap tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa dan perlu disusun semula agar menjaga kebajikan lebih 25,000 penjawat awam itu.Katanya Cuepacs berharap gred gaji R3 dan R6 untuk pemandu dapat dinaikkan masing-masing kepada R12 dan R14 serta mewujudkan gred baru iaitu R16 memandangkan tugas mereka berisiko tinggi dan melibatkan keselamatan nyawa penumpang.Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung dwi-tahunan Kesatuan Pemandu-pemandu Kementerian Kesihatan Semenanjung Malaysia (KPKKSM) kali ke-21 di sini pada Sabtu, beliau berkata dengan kenaikan gred itu kelak, gaji permulaan serta gaji mati bagi setiap gred akan lebih baik."R3 adalah gred bagi pemandu yang baru dilantik ke jawatan itu manakala R6 merupakan gred bagi kenaikan pangkat dalam skim pemandu ," katanya.Ketika ini, gaji permulaan bagi pemandu pada gred R3 ialah sekitar RM647 dan gaji mati RM1,500 manakala bagi R6 kira-kira RM685 dan gaji mati sekitar RM1,700.Omar berkata gred R16 pula perlu diwujudkan supaya pemandu berpeluang meningkatkan kerjaya mereka sehingga ke tahap penyelia.Katanya Cuepacs mendapat aduan bahawa terdapat pemandu yang terpaksa menanggung sendiri kos kerosakan kereta jabatan sekiranya berlaku kemalangan, saman lalu lintas, bayaran tol atau kehilangan kenderaan itu."Sudahlah gaji mereka kecil, kumpulan pemandu ini juga tidak dilindungi insurans dan ini amat tidak sesuai dengan tugas dan keselamatan mereka. Mereka bukan sahaja menjaga nyawa dan keselamatan diri sendiri malahan pegawai atau kakitangan yang menggunakan kenderaan jabatan itu," katanya.Beliau berkata Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan JPA pada 12 Nov ini dan isu kenaikan gred dan gaji pemandu merupakan antara perkara yang akan dibangkitkan.

Selain itu, katanya beberapa perkara lagi yang akan dipanjangkan kepada JPA ialah berkaitan cadangan mengurangkan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam daripada empat peratus kepada satu peratus dan tambahan cuti bersalin bagi kakitangan wanita daripada 60 hari kepada 84 hari serta cuti bersalin bergaji penuh sehingga anak ketujuh.Omar berkata Cuepacs juga memohon pertimbangan kerajaan agar bantuan khas RM500 yang diumumkan semasa pembentangan bajet 2010 baru-baru ini bukan sekadar melibatkan gred 41 hingga 54 serta pesara wajib sahaja , malahan dipanjangkan juga kepada pesara pilihan dan mereka yang memilih bersara berikutan proses penswastaan.Dalam perkembangan lain, Omar berkata Cuepacs berharap dapat menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat untuk membincangkan isu pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam.Katanya beliau telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Ketua Setiausaha Negara dua malam lalu dan berhasrat membawa sendiri isu itu untuk perbincangan langsung dengan Perdana Menteri."Kita mahu menyampaikan sendiri hasrat ini kepada Perdana Menteri dan hendak mendengar amanat dan mandat beliau kepada kakitangan awam," katanya.

Sistem Ganjaran Tingkat Prestasi

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Sistem ganjaran yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan akan meningkatkan mutu kerja sektor awam di negara ini. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, sehubungan itu pihaknya menyambut baik sistem ganjaran tersebut. Menurutnya, pelaksanaan sistem itu akan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja di kalangan penjawat awam dan pentadbiran kerajaan.
"Di negara luar banyak menyediakan ganjaran kepada pekerja awam sehingga menyediakan bonus lapan bulan gaji."Oleh itu, sistem ganjaran yang ingin diperkenalkan di negara ini mesti dilakukan menyeluruh, adil dan saksama untuk mengelakkan daripada kembali seperti sistem terdahulu iaitu secara menegak dan melintang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem ganjaran kepada kakitangan cemerlang dalam sektor awam. Omar berkata, beliau berharap sistem ganjaran ini akan dimulakan secepat mungkin iaitu pada Januari tahun depan.
"Dengan keadaan ekonomi sekarang yang lembap, pengenalan sistem ganjaran akan membantu meringankan beban kewangan kepada pekerja di sektor awam," katanya. Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Syahir Syed Mohamud berkata, sistem ganjaran itu mestilah telus dan bertanggungjawab. "Apa saja langkah yang dilakukan oleh kerajaan mestilah boleh mendatangkan manfaat kepada semua pihak," katanya.

Pesara dapat bayaran khas

Berhubung dengan pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009, sukacita Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan bahawa bayaran khas sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua penerima pencen (termasuk pesara pilihan dan pesara atas sebab lain, serta balu, duda dan anak). Pemberian bayaran khas ini juga meliputi penerima pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Penerima pencen yang layak menerima bayaran khas ini ialah mereka yang menerima pencen bulanan pada bulan Disember 2009. Bayaran melalui bank akan dilakukan pada 14 Disember 2009 (Isnin) iaitu sehari sebelum tarikh pembayaran pencen bagi bulan Disember 2009 yang ditetapkan pada 15 Disember 2009 (Selasa). Bagi mereka yang dibayar secara waran, waran berasingan akan dikirimkan pada awal Disember bagi membolehkan penunaian pada 14 Disember 2009 Penjelasan selanjutnya mengenai perkara ini boleh diperolehi di www.jpapencen.gov.my.