Wednesday, October 31, 2012

Perkhidmatan awam perlu dapatkan kesetiaan pelanggan


KUALA LUMPUR 1 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru sektor perkhidmatan awam untuk memperkukuhkan konsep 'Agenda Pilihan Rakyat' iaitu menyediakan perkhidmatan berlandaskan kehendak dan permintaan pelanggan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam era modenisasi penyampaian perkhidmatan awam, peningkatan kualiti pengurusan perkhidmatan perlu seiring dengan maklum balas dan kehendak semasa rakyat.
"Saya ingin tekankan bahawa kita bukan lagi bertakuk kepada kepuasan pelanggan tetapi kepada kesetiaan pelanggan.
"Ini amat memerlukan dedikasi, kebijaksanaan dan kesungguhan penjawat awam untuk menilai dan bertindak cepat menyelesaikan sesuatu aduan," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perkhidmatan Awam ke-17 di sini hari ini. - UTUSAN

Skim gaji penjawat awam dikaji semula


Dr. Ali Hamsa menyampaikan cek RM300,000 kepada wakil Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah pada Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh Melaka, semalam.
MELAKA 31 Okt. - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
“Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.
Beliau berkata, kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
Ali berkata, pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
“Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.
Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000. - BERNAMA

** Berita gembira untuk Penjawat Awam, bersabarlah jangan dok stress!! inysaalah jika ada rezeki skim baru dilaksanakan tahun depan.

Wednesday, October 17, 2012

AJLIS BERSAMA KSN 17 ONTOBER 2012












ANTARA PERKARA YANG DINYATAKAN:-

1.       PERANAN CUEPACS MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KERAJAAN BAGI PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN AWAM

2.       PENYERAPAN KAKITANGAN KONTRAK AKAN DIBUAT SECARA BERPERINGKAT


3.       PERTUKARAN KAKITANGAN YANG RAMAI LEBIH 680 ORANG TAK DAPAT DIBUAT KERANA MELEBIH KEPERLUAN TEMPAT.

4.       MBJ MESTI DIGUNAKAN SEBAGAI PLATFORM ANATAR PEKERJA DENGAN MAJIKAN


5.       SKIM PERUMAHAN KERAJAAN MELALUI BANK AKAN MENGEKALKAN SISTEM LAMA MALAH DI TAMBAHBAIK BAGI MENGATASI KELEMAHAN YANG ADA.

6.       SEMAKAN PEKELILINGH YANG LAMA YANG MENYUSAHKAN TRANFORMASI KERAJAAN .


7.       KELULUSAN KELUAR NEGARA PESENDIRIAN PERLU MENGISTIHARKAN KOS DAN SUMBER KEWANGAN DAN PENURUNAN KUASA DI BERIKAN KEPDA PEGAWAI PENYELIA.

8.       KEMELESATAN EKONOMI SELURUH DUNIA DIALAMI OLEH NEGARA-NEGARA SAPERTI GREEEK, AMAERIKA DAN LAIN-LAIN. MALAYSIA TIDAK MENMGALAMI MASAALAH INI DENGAN MENGURUS SUMBER DALAM DENGAN BAIK MENYEBABKAN KITA MAMPOU MEMBEERI BONUS DAN SEBAGAINYA KEPADA RAKYAT.


9.       BUDGET 2013 DIBUAT MENGHIKUT KEMAMPUIAN KERAJAAN, DAN BELEIAU ANTARANYA YANG DIJEMPUT MENELITI PERBINCANGAN PENYEDIAAN BUDGET TERSEBUT.

10.   KAJIAN MENGHAPUSKAN TEMBOK GAJI MAKSIMA PEKERJA, IAITU TIDAK ADA GAJI MAKSIMA BAGI KAKITANGAN AWAM.


11.   KAJIAN BAGI MENGELAKKAN KAKITANGAN AWAM BERSARA SEBAGAI MISKIN TEGAR, KAJIAN AKAN DIBUAT BAGI MEMIKIRKAN MENETAPKAN JUMLAH PENCEN MINIMA PENJAWAT AWAM.

12.   PENJAWAT AWAM PERLU FAHAM  ASPIRASI KERAJAAN, DAN CUEPACS PERLU MEMBERIKAN CADANGAN YANG POSITIF SERTA BERBINCANG DENGAN BAIK DENGAN KERAJAAN.

Tuesday, October 16, 2012

JPM KELUAR PEKELILING BARU PERATUSAN PEJALANAN BAGI PENJAWAT AWAM


Bernama
12/10/2012
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan surat pekeliling baru mengenai Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas, selaras dengan usaha untuk menambah baik kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.

Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 itu menetapkan semua pegawai awam yang ingin ke luar negara atas tujuan persendirian perlu mendapatkan kelulusan pegawai tinggi mengikut jawatan dan kategori pegawai.

Ia ditandatangani Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa bagi menggantikan Surat Pekeliling Am bertarikh 1 Mac 1984 dan 11 Jun 1986.

Menurut surat pekeliling terbaru itu, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan di JPM perlu mendapatkan kelulusan KSN.

Pegawai-pegawai di bawah seliaan Ketua Setiausaha Kementerian termasuk Timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian pula perlu mendapatkan kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian (butiran tiga dalam pekeliling).

SURUHANJAYA KHAS KAJI TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM KEMUKA LAPORAN DISEMBER


Bernama
11/10/2012
MELAKA, 10 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam akan mengemukakan laporan lengkap berhubung cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam kepada Kabinet akhir tahun ini.

Pengerusinya Tun Zaki Tun Azmi berkata suruhanjaya itu kini sedang melakukan lawatan mengejut ke jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan bagi melihat mutu perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai serta memahami situasi yang dihadapi rakyat ketika berurusan dengan sektor awam.

"Bukan kita nak cari salah, masalah tetapi untuk memahami keadaannya, dengan memahami keadaan ini mungkin kita boleh memperbetulkan dan memperbaiki kelemahan yang terdapat di tempat ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, Rabu.

Turut menyertai lawatan itu, beberapa anggota suruhanjaya itu termasuk bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Zaki berkata pihaknya yang melakukan lawatan ke sektor awam di Sarawak dan Sabah pada Ogos dan Sept lepas, hari ini mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah Sepang, Ibu pejabat Polis Daerah Sepang di Selangor; Klinik 1Malaysia Rasah dan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan selain UTC Melaka.

-- BERNAMA

Saturday, October 13, 2012

HANYA 0.5 PERATUS PENJAWAT AWAM HIDAP MASALAH MENTAL - JPA


Bernama
12/10/2012

PUTRAJAYA, 10 Okt (Bernama) -- Hanya 0.5 hingga satu peratus daripada 1.4 juta penjawat awam di negara ini menghadapi masalah psikologi dan kesihatan mental, kata Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dr Aris Kasan.

Beliau berkata angka itu adalah kecil dan masih boleh diatasi


"Dengan bantuan dan kepakaran pakar psikologi dan kaunselor untuk pembangunan semula, masalah ini boleh diatasi agar mereka dapat memberikan perkhidmatan berkesan untuk menyumbang kepada pembangunan agensi dan negara.


"Hanya bilangan kecil yang menghadapi masalah mental yang serius dan perlu mendapatkan bantuan dari pakar di hospital," katanya kepada pemberita selepas Sambutan 20 Tahun Psikologi Perkhidmatan Awam, di sini hari ini.

KETUA JABATAN DIINGATKAN BERI PERHATIAN KENAIKAN PANGKAT DAN GAJI PETUGAS - ALI HAMSA


Bernama
12/10/2012
SHAH ALAM, 11 Okt (Bernama) -- Ketua-ketua jabatan kerajaan diminta memberi perhatian berhubung kebajikan petugas bawahan mereka terutama dalam soal kenaikan pangkat dan gaji dalam program 'turun padang' meninjau tahap perkhidmatan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata ini kerana penjawat awam sering diminta memberikan perkhidmatan berkualiti tetapi kebajikan mereka berhubung soal perjawatan tidak diambil peduli.


Dalam pertemuannya dengan penjawat awam persekutuan dan negeri di sini hari ini, Ali berkata penjawat awam perlu menikmati kenaikan gaji dari tahun ke tahun kerana jika tiada kenaikan, nilai gaji yang diterima mereka akan semakin berkurangan kesan daripada kadar inflasi.


Katanya penjawat awam terutama daripada kumpulan sokongan harus mendapat unjuran gaji sebaik mungkin sehingga tamat perkhidmatan agar mereka tidak tergolong dalam golongan miskin, apabila bersara kelak.


Memandangkan pesara kerajaan juga menikmati kenaikan pencen dua peratus setahun, beliau berpendapat penjawat awam perlu mendapatkan kenaikan gaji sekurang-kurangnya sama dengan kadar inflasi negara.


Bagi kumpulan pegawai pula, beliau berkata ketua jabatan perlu memastikan kumpulan ini mencapai gred pangkat yang tinggi sebelum bersara, dengan syarat mereka tidak mempunyai masalah disiplin dan mendapat markah 80 peratus ke atas dalam laporan penilaian prestasi tahunan mereka.


Beliau memberi contoh masalah perjawatan perkhidmatan perguruan diatasi dengan pengenalan kenaikan pangkat berdasarkan jangka masa bertugas di mana guru siswazah yang berkhidmat 25 tahun akan naik sehingga gred 54 sebelum menamatkan perkhidmatan.


Sehubungan itu, beliau berharap skim perjawatan lain perlu menggunakan pendekatan yang sama bagi menangani masalah perjawatan dan gaji statik untuk jangka masa panjang.


Sementara itu, dalam ucapannya, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Muhammad Khusrin Munawi memaklumkan jumlah penjawat awam di negeri ini ialah 17,200 orang dan Selangor perlu mengisi 3,800 jawatan kosong.


Katanya penambahan petugas itu diperlukan memandangkan kepadatan penduduk dan kemahuan untuk perkhidmatan terbaik daripada penduduk.


-- BERNAMA

SURUHANJAYA KHAS KAJI TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM KEMUKA LAPORAN DISEMBER


Bernama
11/10/2012
MELAKA, 10 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam akan mengemukakan laporan lengkap berhubung cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam kepada Kabinet akhir tahun ini.

Pengerusinya Tun Zaki Tun Azmi berkata suruhanjaya itu kini sedang melakukan lawatan mengejut ke jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan bagi melihat mutu perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai serta memahami situasi yang dihadapi rakyat ketika berurusan dengan sektor awam.

"Bukan kita nak cari salah, masalah tetapi untuk memahami keadaannya, dengan memahami keadaan ini mungkin kita boleh memperbetulkan dan memperbaiki kelemahan yang terdapat di tempat ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, Rabu.

Turut menyertai lawatan itu, beberapa anggota suruhanjaya itu termasuk bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Zaki berkata pihaknya yang melakukan lawatan ke sektor awam di Sarawak dan Sabah pada Ogos dan Sept lepas, hari ini mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah Sepang, Ibu pejabat Polis Daerah Sepang di Selangor; Klinik 1Malaysia Rasah dan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan selain UTC Melaka.

-- BERNAMA

Suruhanjaya Penambahbaik SSM Mula bersidang

Setelah SBPA dibatalkan, suruhanjaya Penambahbaikan SSM telah ditubuhkan dan mula menjalankan tugasnya. Dijangka lapuran pertama dapat dikeluarkan selepas 30 September 2012. Ini penting kenaikan gaji baru-baru ini adalah langkah sementara, Penambaikan skim gaji perlu diparktikan sehubungan dengan matlamat kerajaan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Monday, September 10, 2012

PERMOHONAN KE MAKTAB TENTERA MALAYSIA

TAWARAN KEMASUKAN KE TKT 4 MTD 2013. Mohon d maklumkan bahawa tawaran telah di buka n dptkan maklumat dari sekolah anak2 or download borang dpd www.rmc.edu.my. Syarat pemilihan guna TRIAL PMR n mesti 4A dlm maths, sains, BI n BM. Selepas layak pemilihan akhir akan tengok keputusan sebenar PMR. Better chances if straight As as competition this 2012 reflect that with most successful shortlisted candidates getting straight As but 7As still hav a chance particularly if good in sports at state or national level n also those who hav talent in music. LAST DATE 4 APPLICANTS IS 30 SEP 13. TQT

Sunday, September 9, 2012

CIDB GREEN CARD



KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Semua pekerja industri binaan, termasuk warga asing, di tapak pembinaan awam diwajibkan mengikuti kursus induksi keselamatan sehari anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi memperoleh kad hijau.

Ketua Eksekutif CIDB Datuk Seri Dr Judin Abd Karim berkata kad hijau yang dikeluarkan CIDB itu mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak binaan dan tanpa kad tersebut, pekerja tidak dibenarkan memasuki kawasan tapak binaan.


"Kursus ini bertujuan memberi pendidikan dalam kalangan pekerja di samping berusaha mengurangkan berlakunya kemalangan di tempat kerja," katanya pada sidang media di sini Rabu.


Judin berkata CIDB melantik pegawai penilai yang terdiri daripada anggota Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang berkelayakan, bagi menilai pekerja binaan yang terlibat dalam kursus itu.


Kad hijau itu juga menjadi identiti seseorang pekerja itu agar dapat dikenal pasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.


Pekerja binaan yang gagal memiliki kad hijau itu boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan pendaftaran kontraktor (1995)-Peraturan 15 (1), Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, katanya.


CADANGAN:-

Kakitangan RISDA/ahli KPPR boleh mengambil program ini dengan mendapat menafaat dari insuran kelompok yang disediakan dengan perlindungan 24 jam. Bayaran hanya rm50.00 untuk 2 tahun. JIka ramai yang berminat KPPR menganjurkan kursus sehari.

Wednesday, July 25, 2012

Bonus 1/2 bulan gaji buat raya

Syukur alhamdulillah dapat bonus 1/2 bulan gaji dengan minima rm500 termasuk pesara pun dapat rm500 buat raya. Terima kasih kepada majikan kita PM selaku Ketua Kerajaan Malaysia. Kalau ada penjawat awam rasa tak suka... boleh dermakan kepada badan amal atau KPPR sedia terima.

Walau apa pun, belanjalah dengan bijaksana ikut kemampuan pendapatan kita, Akaun jangan defisit selepas raya. Selamat berpuasa semoga mendapat kelebihan Ramadhan  Al-Mubarak dan Selamat Hari Raya dari KPPR. Maaf zahir batin. Harap kalau yuran Kesatuan naik RM10.00 sebulan rasanya tiada masaalah ... ! jangan tak sokong pulak.

Tuesday, June 5, 2012

UMRAH BERSAMA DATO KP







RISDA sebagai majikan yang amat perihartin telah mengadakan program "umrah bersama Dato KP" pada 14-25 Mei 2012. Seramai 28 orang telah menyertainya. 2 orang kakitangan RISDA yang telah bernasib baik menunaikan umrah bersama Dato Kp secara percuma iaitu saudara Subran dari PRN Pulau Pinang dan Saudara Mansor dari PT Grik Perak.

Pihak Dato Ketua Pengarah berharap program ini dapat diteruskan lagi dimasa hadapan dengan pertambahan penyertaan termasuk dari anak syarikat yang menawarkan Umrah Bersama KP secara percuma bagi mereka yang cemerlang. Dijangka 10 orang akan berpeluang menunaikan Umrah secara percuma pada tahun 2012.

Friday, April 13, 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH DAPAT NAIK GAJI





Pekeliling 1/2012 kenaikan gaji tambah baik ssm adalah merupakan langkah awal bagi tujuan pembayaran gaji dapat dibuat kepada penjawat awam yang dijangka dapat bayar pada gaji bulan April 2012.



Antara persoalan timbul ialah :

1.Mata gaji maksima rendah berbanding SBPA.

2. Mereka yang gaji maksima naik gaji terus maksima pulak.

3. Gred naik taraf tidak dinyatakan dalam pekeliling tersebut.

Untuk makluman rakan-rakan, pekeliling tersebut adalah sebagai langkah awal. Pihak PM telah pun mengarahkan satu suruhanjaya dibentuk bagi mengkaji dan mengemukan cadangan tambah baik SSM. Seiringan dengan wawasan 2020 yang mana "rakyat berpendapatan tinggi" menjelang tahun 2020 sudah pasti mata gaji baru akan dirangka selaras dengan wawasan kerajaan. Perkara yang baik dari SBPA akan dicadangkan dimasukkan dalam SSM tambah baik seperti mata gaji maksima yang tinggi, Naik taraf jawatan dan sebagainya. Harap rakan-rakan dapat bersabar dan berilah kepercayaan kepada CUEPACS dan Kerajaan untuk menentukannya.

Saturday, March 31, 2012

PEKELILING GAJI BARU SSM TAMBAH BAIK KELUAR




Tengahmalam 30 Mac 2012. Kelihatan Pekeliling Gaji baru SSM tambah baik dikeluarkan oleh JPA. Saperti yang dijangkakan Kenaikan 13% dari gaji hakiki akhir 31 Disember 2011 dikira sebagai asas kenaikan sekali gus menjawab "ramalan kedai kopi yang cuba mengeruhkan keadaan dengan menyatakan kenaikan dikira berasaskan gaji hakiki P1T1" Ramai juga yang termakan dengan ramalan tersebut dan mulai sangsi dan bertanya disana sini.

Ahli-ahli boleh download pekeliling tersebut dan baca hingga faham, kalau tak faham bolehlah bertanya kepada mereka yang mahir, janga dok tanya individu yang tidak mampu menjawab sekadar agak-agak.

GAJI HAKIKI DISEMBER X 13% + GAJI HAKIKI = GAJI ANDA BULAN JANUARI.

+ PULA DENGAN JUMLAH KENAIKAN GAJI TAHUNAN JIKA NAIK BUKAN JANUARI.

Monday, March 12, 2012

INFO: Keputusan lain yang diumumkan Perdana Menteri



  • Penubuhan suruhanjaya dianggotai oleh semua pihak berkepentingan mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia yang bukan saja membabitkan saraan, tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam yang diperlukan negara pada masa depan.

  • Struktur gaji SSM akan diubah suai daripada Jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-Maksimum dengan kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi gred 1-54 ditetapkan di antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan pelarasan ikut peratus ditetapkan.

  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan.

  • Kerajaan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya bagi guru berasaskan prinsip ‘time-based’ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti diumumkan dalam Bajet 2012.
  • Saturday, March 10, 2012

    'INTERIM" SSM GANTI SBPA



    logo cuepacs

    SHAH ALAM - Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja sektor awam, berkata Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang hendak digunakan semula sebagai pengganti kepada Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dimansuhkan hari ini, hanya bersifat sementara hingga skim baru yang menyeluruh dirangka kelak.

    Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, pihaknya percaya kerajaan akan memperkenalkan satu sistem saraan yang baru memandangkan SSM digunakan semula dengan SBPA yang pembatalannya diumumkan hari ini.

    SSM, yang digunakan hampir satu dekad, diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB). SSB dikuatkuasakan pada Januari 1992.

    Kedua-dua SSB dan SSM menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan kerajaan.

    "Saya yakin kerajaan akan datang dengan satu sistem yang baru sama sekali, sebab itu kerajaan bentuk satu suruhanjaya bagi menjalankan kajian," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

    Sehubungan itu kata beliau, Cuepacs akan mengemukakan cadangan tambahan selain berharap suruhanjaya yang dibentuk akan mengkaji segala pandangan yang telah diberikan sebelum ini kepada pasukan petugas khas yang dibentuk bagi menyemak SBPA.

    Azih juga berkata, Cuepacs akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk mengumumkan secara rasmi pendirian berkenaan dengan keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

    Najib yang juga Menteri Kewangan pagi tadi mengumumkan pembatalan skim SBPA dan mengembalikan SSM yang ditambah baik.

    Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54, di samping pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.

    Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan peratus, dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh peratus.

    Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.
    Perdana Menteri berkata sebarang cadangan yang disyorkan oleh suruhanjaya yang dianggotai semua pihak berkepentingan yang bekerja menerusi prinsip musyawarah, perundingan dan permuafakatan itu akan dipertimbang mengikut
    kemampuan kerajaan.

    Kata Najib, struktur gaji SSM akan diubah suai daripada jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga 54 ditetapkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

    Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.

    Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia, Khairil Niza Khairuddin berkata, pihaknya menyambut baik keputusan membatalkan SBPA dan penambahbaikan skim SSM dengan pelarasan gaji yang lebih adil.

    "KPISM juga bersetuju sepenuhnya dengan penubuhan suruhanjaya khas bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia dan kewajaran untuk mengkaji dan mewujudkan skim khusus bagi semua agensi penguatkuasaan," katanya lagi.

    Sehubungan itu, kata beliau, KPISM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan kerana prihatin dan mendengar denyutan nadi setiap penjawat awam khususnya pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen.

    Menurut Khairil, KPISM berharap kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam akan sentiasa berbincang dan berhubung rapat dengan Cuepacs dalam menentukan hala tuju skim perkhidmatan awam yang lebih baik dan jitu di masa hadapan.

    "KPISM juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar bersedia memberikan gaji minimum kepada semua penjawat awam khususnya penjawat awam di Kumpulan Sokongan agar ia melepasi garis kemiskinan di bandar," kata beliau lagi.

    RM6 BILLION TAMBAHAN TAMBAH BAIK SSM

    JOHOR BAHARU, 9 Mac (Bernama)-- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelarasan gaji berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diumumkannya semalam berikutan pemansuhan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) melibatkan peruntukan tambahan RM6 bilion.

    Perdana Menteri berkata peruntukan tambahan itu disediakan kerana kerajaan mahukan lebih ramai penjawat awam menikmati pelarasan gaji maksimum terutama golongan dalam kategori kumpulan pelaksana ataupun sokongan.

    "Kali ini kita nak ramai yang menikmati pelarasan gaji maksimum sehingga 13 peratus, jadi kita naikkan sampai kepada Gred 54. Dengan ini kita terpaksa cari peruntukan tambahan yang kesemuanya lebih RM6 bilion tetapi jumlah sebenar kita sedang tentukan," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Taman Molek di sini Jumaat. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Katanya peruntukan tambahan itu juga termasuk peruntukan untuk kenaikan elaun Bantuan Sara Hidup (COLA).

    Perdana Menteri sementara itu menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya tindakan kerajaan mengumumkan pemansuhan SBPA semalam adalah ekoran desakan pembangkang .

    "Merujuk ucapan perbelanjaan Bajet 2012 yang saya bentangkan Oktober tahun lalu, saya bagi komitmen bahawa penjawat awam akan terima pelarasan gaji 7 hingga 13 peratus.

    "Tetapi apabila SBPA digubal, ia tergelincir daripada tafsiran yang telah saya umumkan, sebab itu kerajaan ambil keputusan untuk kembali semula terhadap komitmen yang telah saya berikan Oktober tahun lepas.

    "Ini tidak ada kena mengena dengan apa yang didakwa oleh pembangkang. Dia ni (Anwar) biasalah "lembu punya susu, dia mahu nama". Dah kerja pembangkang," katanya.

    Beliau berkata, pembatalan SBPA itu juga tiada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang sebaliknya lebih kepada soal mengotakan janji yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini dalam Belanjawan 2012.

    Perdana Menteri semalam mengumumkan SBPA yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan SSM yang ditambah baik.

    Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (9 peratus), Gred Turus 3 dan 2 (8 peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (7 peratus) selain kenaikan COLA.

    Sementara itu, Najib melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan pemerintahan di Johor dalam pilihan raya umum akan datang.

    "Johor jelas bahawa nampak rakyat ceria, jadi rasanya masih lagi sebuah negeri yang terasnya BN. Kita boleh rasa," katanya.

    Beliau mahu kerajaan negeri meneruskan hubungan positif dengan semua lapisan masyarakat di negeri ini dengan cara berhemah dan rendah diri supaya rakyat terus menyokong BN.

    SURUHANJAYA TAMBAH BAIK SSM

    MELAKA, 9 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia dapat dilaksanakan segera.

    Presidennya Datuk Omar Osman berkata sebaiknya perbincangan berhubung langkah penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dimulakan dari sekarang selepas sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan.

    "Kita harap suruhanjaya ini cepat ditubuhkan dan dapat jasa baik Perdana Menteri, siapa yang jadi pengerusi (suruhanjaya) dapat diumumkan secepat mungkin.

    "Ini kerana nak menyediakan sesuatu skim bukannya mudah," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Melaka di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka, di sini Jumaat.

    Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya semalam. Beliau turut mengumumkan pembatalan SBPA dan pelaksanaan semula SSM yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

    SSM DITAMBAH BAIK GANTI SBPA








    Perhimpunan Penjawat Awan Bersama PM pada 8 Mac 2012 memberikan keputusan kenaikan gaji 13% keapda kumpulan gred 54 kebawah, 9% kumpulan Jusa dan 7% keapda kumpulan Turus bermula 1 Januari 2012 Pengumunan SBPA dibatalkan pelaksanaannya dengan skim SSM yang akan ditambah baik.



    Kepada penjawat Awan, pihak CUEPACS akan memastikan segala kebaikan dalam SBPA akan di ambil dengan penolakan isu yang tidak dapat diterima oleh CUEPACS. Contohnya naik taraf jawatan, mata gaji yang tinggi menjelang 2020 dan lain-lain kemudahan. Diharap semua dapat bersabar dan nikmati dahulu kenaikan gaji dan tunggakkan yang diberikan oleh kerajaan. Terima kasih kepada PM dan terima kasih kepada kepimpinan CUEPACS yang telah berusaha menjaga kebajikan penjawat awam.