Wednesday, September 7, 2011

Mesyuarat Agong KPPR ke 24

Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA Semenanjung Malayisa akan mengadakan Mesyuarat Agong Dwi tahunan ke 24 pada 27-29 September 2011 bertempat di Hotel Excelsior, Ipoh Perak. Mesyuarat Agung adalah merupakan satu peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan. Dijangka lebih 100 orang perwakilan akan menghadiri persidangan tersebut. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Dato' Wan Mohammad Zuki bin Wan Mohamad Ketua Pengarah RISDA.

Saturday, August 13, 2011

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya


KPPR mengucapkan Selamat mengerjakan Ibadat Puasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga RISDA. Semoga mendapat keberkatan ramadhan dan gembira dihari raya bersama keluarga serta sanak saudara.

Terima kasih kepada pihak PM kerana meluluskan bayaran bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam bagi meringankan bebanan sambutan hari raya pada tahun ini.

Pesanan " Belanja WAJIB ikut kemampuan, bukan ikut nafsu"

Wednesday, July 27, 2011


Tahniah diucapkan kepada Dato Wan Mohamad Zuki diatas perlantikan sebagai Ketua Pengarah RISDA bermula 27 Julai 2011 menggantikan Dato Mohamad Izat yang bersara pada 26 Julai 2011.

Semoga beliau akan membawa RISDA kearah kecemerlangan

Saturday, July 23, 2011

Jamuan Rakyat Bersama PM Kota BHaru


Pengerusi KPPR Kelantan merangkap Pengerusi CUEPACS Kelantan diberi penghormatan bersama meja utama bersama PM dalam jamuan rakyat pada 2 Julai 2011 di Kota Bahru. Ini memberikan gambaran yang baik bagi RISDA Kelantan umunnya bagi kakitangan RISDA Malaysia

Monday, May 30, 2011

PROSPEK PENGGANTI PTK BERKUATKUASA 1 JULAI


Bernama
19/5/2011

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa 1 Julai ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru itu meliputi falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

"Walau bagaimanapun, sebarang penambahbaikan pelaksanaan boleh dibuat atau dirunding dari semasa ke semasa.

"Itu jaminan saya," katanya pada majlis Menandatangani Persetujuan Bersama JPA-Cuepacs Mengenai Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan PTK di sini Khamis.

Turut hadir Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Abu Bakar berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs secara bersama bersetuju bahawa falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan memperluaskan skopnya meliputi pembangunan kompetensi dan potensi.

"Pengenalan penilaian potensi sebagai nilai tambah kepada penilaian baru ini bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan bakat dalam perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata selain dimensi asas kompetensi seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, kedua-dua pihak bersetuju dimensi tambahan diperkenalkan iaitu kreativiti dan inovasi selaras dengan nilai semasa yang diberi penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan negara.

Katanya kaedah penilaian bagi kumpulan pelaksana tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa yang akan menilai kompetensi yang diperlukan pada sesuatu jawatan.

Katanya hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi 'cemerlang dan berpotensi tinggi', 'memenuhi kompetensi dan berpotensi' atau 'memerlukan pembangunan'.

Abu Bakar berkata pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan, berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya.

"Faedah pembangunan diri termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang pegawai serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan lain-lain.

"Manakala faedah kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan untuk kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan di dalam atau di luar negeri," katanya.

Katanya pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred yang berkenaan.

"Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan, Latihan Berteraskan Kompetensi dan seumpamanya," katanya.

Abu Bakar berkata ketua perkhidmatan dan ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan.

Katanya pada keseluruhannya penilaian kompetensi baru ini adalah berbentuk program yang bersepadu bermula dengan pengenalpastian kompetensi pegawai di gred lantikan yang diikuti dengan pelbagai program pembangunan diri termasuk bimbingan, pementoran dan latihan sesuai dengan keperluan pembelajaran pegawai yang berkenaan.

"Setelah berada di gred kenaikan pangkat, pegawai seterusnya akan melalui program pembangunan kompetensi dan potensi yang dirancang secara sistematik sehingga ke akhir kerjaya seseorang pegawai," katanya.

Katanya pada masa ini, pihak JPA sedang meneliti draf akhir pekeliling berkenaan yang dijangka akan dikeluarkan pada akhir bulan ini.

Mengulas mengenai tiga permohonan Cuepacs, Abu Bakar berkata pihaknya tidak dapat menjanjikannya kerana setiap perancangan kewangan perlu dilaksanakan dengan baik.

Terdahulu, Omar dalam ucapannya memohon kepada JPA supaya kenaikan pangkat secara time-based dikekalkan, bukan berdasarkan kepada kompetensi tertentu; dan kedua perlu ada kenaikan pangkat secara istimewa yang tidak tertakluk kepada jawatan kosong.

"Selepas pergi mana-mana kursus atau meningkatkan kompetensi tetapi balik tidak juga dapat kenaikan pangkat. Jadi, kita mahu mana-mana penjawat awam yang pergi bagi meningkatkan kompetensi dan potensi, supaya balik tanpa temuduga terus mendapat kenaikan yang cemerlang dan istimewa," katanya.

Katanya yang ketiga ialah insentif diberikan apabila seseorang pengawai itu mendapat kenaikan pangkat dan sebagainya.

things about it



Konvenyen PPR RISDA 2011



Thursday, April 28, 2011

KAD PESARA

Kad Pesara Kerajaan Malaysia dikeluarkan di bawah Seksyen 23, Peraturan-peraturan Pencen 1980 bagi Pesara/Penerima Pencen Perkhidmatan Awam atau Seksyen 20, Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak berkuasa Berkanun dan tempatan bagi pesara/Penerima Pencen Pihak berkuasa Berkanun dan tempatan.

Kad Pesara merupakan Pengenalan Diri Pesara bagi membolehkan memperoleh kemudahan perubatan di Hospital Kerajaan. Kemudahan kad pesara ini layak dinikmati oleh pesara/penerima pencen, juga kepada isteri/suami penerima pencen dan juga kepada anak-anak di bawah umur 18 tahun atau 21 tahun bagi anak yang masih menerima pendidikan tinggi(tiada had umur bagi anak cacat akal jasmani kekal).

Penyalahgunaan kad pesara boleh didakwa di Mahkamah di bawah Seksyen 24 Peraturan-peraturan Pencen 1980 atau Seksyen 21 Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan, yang mana berkenaan.

Jika terdapat sebarang kerosakan atau kesilapan butiran dalam kad pesara, sila hubungi 03-88854786 atau alamatkan ke Unit Kecil Kad Pesara, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Permohonan penggantian kad pesara yang hilang atau rosak(disebabkan oleh pesara/penerima pencen) hendaklah disertakan dengan mengemukakan satu salinan Laporan Polis.

Kad Pesara ini hendaklah diserahkan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia apabila pemiliknya hilang kelayakan menerima pencen.

KEMUDAHAN BARU BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DARI OGOS 2009 SEHINGGA OGOS 2010

Pemanjangan Kemudahan Perubatan Kepada Keluarga Bagi Pegawai Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak

Rujukan : Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2010 Tujuan : Diberi kepada pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak. Syarat : (i) Pelaksanaan pemanjangan kemudahan perubatan kepada keluarga bagi pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak adalah seperti berikut: a) Ahli keluarga yang layak adalah terdiri daripada seorang suami atau isteri dan [...]


Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan

Rujukan : Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2010 Syarat : (i) Diberi kepada pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan; (ii) Pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak yang dibayar Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan tidak layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan; (iii) Pegawai bukan warganegara yang [...]


Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak Atau Labuan

Rujukan : Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2010 Syarat : Diberi kepada pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan; Kadar : (i) Pelaksanaan Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak atau Labuan adalah seperti berikut: 1. kadar Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak atau Labuan adalah berdasarkan [...]


Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di Instituti Pengajian Tinggi Awam

Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2010 Syarat : (i) Pensyarah Perubatan yang layak dibayar Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Di IPTA adalah pegawai tetap, sementara dan kontrak (contract of service). (ii) Pensyarah Perubatan adalah layak dibayar Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di IPTA kecuali bagi pegawai yang berada dalam keadaan-keadaan seperti berikut [...]


Cuti Tanpa Rekod Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Organ

Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2010. Tujuan : Memberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang menderma organ. Syarat : Diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak (contract of service), sangkut dan guru sandran. Pegawai yang berhasrat untuk menderma organ hendaklah mematuhi semua peraturan dan prosedur [...]


ELAUN BARU BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DARI OGOS 2009 SEHINGGA OGOS 2010

BIL. NAMA RUJUKAN KADAR (RM) KUAT KUASA 1. Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak Atau Labuan Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan SPP Bil. 6 Tahun 2010 Berdasarkan PP yang berkuat kuasa 1 Julai 2010. 2. Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan di Institusi Pengajian Tinggi PP Bil. 8 Tahun 2010 400.00 – 1,200.00 sebulan 1 [...]


PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DARI OGOS 2009 SEHINGGA OGOS 2010

BIL. NAMA RUJUKAN KADAR (RM) KUAT KUASA 1. Pelantikan Syarikat Bagi Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian SPP Bil. 10 Tahun 2009 Tiada 24 Julai 2009 2. Pembayaran bagi perbelanjaan Kemudahan Perubatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. JPA(SARAAN)(S) 264/15/16-4 Jld.8(4) bertarikh 26 November 2009 [...]


Cuti-Cuti Lain

1. Cuti Menjaga Anak 2. Cuti Haji 3. Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Mereka Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Luar Negeri 4. Cuti Sabbatikal 5. Cuti Membuat Kerja Penyelidikan 6. Cuti Sambilan 7. Cuti Berkursus 8. Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan 9. Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab [...]


PENAMBAHBAIKAN ELAUN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DARI OGOS 2009 SEHINGGA OGOS 2010

BIL. NAMA RUJUKAN KADAR (RM) KUAT KUASA 1. Elaun Luar Penghulu SPP Bil.11 Tahun 2009 200.00 -300.00 sebulan 2 Julai 2009 2. Penambahbaikan Syarat Elaun Perumahan Wilayah Kepada Pasangan Yang Membeli Rumah Dalam Stesen Pegawai Berkhidmat Dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan JPA(S)63/151 Klt.23(8) bertarikh 14 Julai 2009 Tiada 1 Ogos 2009 3. Bayaran Insentif Pentadbiran Hospital [...]


BIL. NAMA RUJUKAN KADAR (RM) KUAT KUASA 1. Pemberian Pelepasan Seperti Bertugas Rasmi Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Petugas Lembaga Tabung Haji Di Tanah Suci Semasa Musim Haji JPA(S)223/8/3 Klt.13(26) bertarikh 26 November 2009 Tiada 15 Oktober 2009 2. Pemanjangan Kemudahan Perubatan Kepada Keluarga Bagi Pegawai Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak SPP [...]

PENAMBAH BAIKKAN SKIM FAEDAH PERSARAAN (1968-2009)


1 Ogos 1968

Pelaksanaan skim faedah persaraan yang diperakui oleh Suruhanjaya DiRaja Suffian untuk pegawai Perkhidmatan Awam. Pemberian ganjaran ( dan ganjaran terbitan untuk balu dan anak gemulah pegawai ) sebagai faedah tambahan dan asingan daripada pencen / pencen terbitan. Pemberian pencen terbitan untuk tempoh 12 ½ tahun daripada tarikh persaraan atau kematian dalam perkhidmatan pegawai.

1 Mei 1969

Pelaksanaan skim faedah persaraan yang diperakui oleh Suruhanjaya DiRaja Harun untuk pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang mencontohi skim pegawai Perkhidmatan Awam.

1 Januari 1974

Pemberian Wang tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat ( GCR ) atas kadar 1/30 gaji akhir bagi setiap hari Cuti Rehat yang luput (iaitu Cuti Rehat yang tidak terpakai pada penghujung tahun melebihi kelayakan setahun ) sehingga maksimum 90 hari.

1 Januari 1976

Pemberian pencen terbitan seumur hidup (100% dari pada kadar asal selama 12 ½ tahun daripada tarikh persaraan atau tarikh kematian dalam perkhidmatan, dan 70 % selepas itu).

1 Januari 1976

Anak diberi pencen sehingga umur 21 tahun atau sehingga tamat atau berhenti mendapat didikan di institusi pelajaran tinggi ke arah ijazah pertama, mana yang terkemudian, selagi tidak berkahwin.

1 Januari 1976

Dilaksanakan persaraan demi kepentingan perkhidmatan awam dan persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan (persaraan penswastaan / pengkoporatan).

1 Julai 1980

Penyelarasan pencen setiap kali berlaku pelarasan gaji sektor awam, dengan syarat pesara atau penerima pencen bermastautin di Malaysia.

1 Julai 1980

Pencen terbitan diberi kepada duda sekiranya gemulah isterinya pernah berada dalam perkhidmatan pada dan selepas 1 Julai 1980.

1 Julai 1980

Pencen hilangupaya dan pencen tanggungan diberi dalam keadaan pegawai dikehendaki bersara atau beliau meninggal dunia akibat kemalangan dalam perjalanan.

22 Oktober 1982

Ganjaran dikecualikan daripada cukai pendapatan (bagi semua kes persaraan yang diluluskan pada atau selepas 22 Oktober 1982).

1 Januari 1984

Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) atas kadar 1/30 gaji akhir bagi setiap hari Cuti Rehat yang dikumpulkan (iaitu Cuti Rehat yang tidak terpakai pada penghujung tahun, selepas diasingkan pengumpulan untuk GCR daripada Cuti Rehat bawa ke tahun hadapan) sehingga maksimum 90 hari.

12 April 1991

Tempoh perkhidmatan yang dimasukira yang melayakkan pemberian taraf anggota berpencen dikurangkan daripada 10 tahun kepada 3 tahun.

12 April 1991

Anggota baru dilantik diberi opsyen untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

12 April 1991

Umur minimum untuk bersara secara pilihan dikurangkan kepada 40 tahun untuk semua anggota; dengan pemberian pencen mulai umur 45 (perempuan & lelaki dalam jawatan tertentu) / 50 (lelaki) atau 55/56 (semua anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, mengikut opsyen umur persaraan wajib 55/56.

1 Januari 1992

Opsyen bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun & Tempatan untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (dengan caruman KWSP oleh majikan secara kebelakangan) apabila memilih untuk diasingkan sistem saraannya daripada Sistem Saraan Kerajaan (SSB / SSM).

1 Januari 1992

Pengambilan kira perkhidmatan lepas terputus atas sebab sebab yang diizinkan yang diselangi deengan perkhidmatan di sektor swasta sebelum berkhidmat semula dengan Kerajaan.

1 Januari 1992

Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat dikecualikan daripada cukai pendapatan (bagi tahun taksiran 1993 dan seterusnya).

1 Ogos 1993

Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat dikira berasaskan jumlah emolumen terakhir (iaitu gaji pokok + imbuhan tetap).

1 Januari 1995

Faktor pengiraan ganjaran dinaikkan daripada 5% kepada 7.5% gaji akhir bagi setiap bulan genap perkhidmatan.

1 Disember 1997

Opsyen bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun & Tempatan untuk memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja apabila memilih untuk diasingkan system saraannya daripada Sistem Saraan Kerajaan (SSB / SSM), tanpa caruman majikan kepada KWSP secara kebelakangan tetapi dengan diberi faedah persaraan untuk tempoh perkhidmatan sebelum pengasingan itu.

1 Oktober 2001

Umur persaraan wajib anggota dinaikkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun.

1 Oktober 2001

Pencen terendah dinaikkan daripada RM180 kepada RM280 dengan tempoh perkhidmatan 25 tahun ke atas.

1 Januari 2002

Pemberian pencen terbitan kepada balu duda yang berkahwin semula.

1 Ogos 2003

Maksimum Cuti Rehat yang boleh dikumpulkan untuk pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat dinaikkan daripada 90 hari kepada 120 hari, dengan dilbolehkan tambahan pengumpulan Cuti Rehat tahun persaraan sehingga maksimum kelayakan Cuti Rehat tahunan.

1 November 2004

Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat kepada anggota yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

1 Januari 2008

Syarat bermastautin di Malaysia di bawah undang- undang pencen telah dihapuskan.

1 Julai 2008

Umur persaraan wajib dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun.

1 Januari 2009

Menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan 30 tahun ke atas dan pencen terhad kepada 3/5 gaji akhir.

1 Januari 2009

Pencen terbitan dibayar 100% kepada ahli keluarga gemulah seumur hidup

1 Januari 2009

Pencen terendah dinaikkan daripada RM280 kepada RM720 dengan tempoh perkhidmatan 25 tahun ke atas

1 Januari 2009

Ibu atau bapa pegawai yang meninggal dunia tanpa meninggalkan waris akan dibayar pemberian ex-gratia sekali gus dan bukan pencen terbitan.