Wednesday, October 31, 2012

Perkhidmatan awam perlu dapatkan kesetiaan pelanggan


KUALA LUMPUR 1 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru sektor perkhidmatan awam untuk memperkukuhkan konsep 'Agenda Pilihan Rakyat' iaitu menyediakan perkhidmatan berlandaskan kehendak dan permintaan pelanggan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam era modenisasi penyampaian perkhidmatan awam, peningkatan kualiti pengurusan perkhidmatan perlu seiring dengan maklum balas dan kehendak semasa rakyat.
"Saya ingin tekankan bahawa kita bukan lagi bertakuk kepada kepuasan pelanggan tetapi kepada kesetiaan pelanggan.
"Ini amat memerlukan dedikasi, kebijaksanaan dan kesungguhan penjawat awam untuk menilai dan bertindak cepat menyelesaikan sesuatu aduan," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perkhidmatan Awam ke-17 di sini hari ini. - UTUSAN

Skim gaji penjawat awam dikaji semula


Dr. Ali Hamsa menyampaikan cek RM300,000 kepada wakil Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah pada Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh Melaka, semalam.
MELAKA 31 Okt. - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
“Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.
Beliau berkata, kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
Ali berkata, pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
“Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.
Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000. - BERNAMA

** Berita gembira untuk Penjawat Awam, bersabarlah jangan dok stress!! inysaalah jika ada rezeki skim baru dilaksanakan tahun depan.

Wednesday, October 17, 2012

AJLIS BERSAMA KSN 17 ONTOBER 2012












ANTARA PERKARA YANG DINYATAKAN:-

1.       PERANAN CUEPACS MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KERAJAAN BAGI PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN AWAM

2.       PENYERAPAN KAKITANGAN KONTRAK AKAN DIBUAT SECARA BERPERINGKAT


3.       PERTUKARAN KAKITANGAN YANG RAMAI LEBIH 680 ORANG TAK DAPAT DIBUAT KERANA MELEBIH KEPERLUAN TEMPAT.

4.       MBJ MESTI DIGUNAKAN SEBAGAI PLATFORM ANATAR PEKERJA DENGAN MAJIKAN


5.       SKIM PERUMAHAN KERAJAAN MELALUI BANK AKAN MENGEKALKAN SISTEM LAMA MALAH DI TAMBAHBAIK BAGI MENGATASI KELEMAHAN YANG ADA.

6.       SEMAKAN PEKELILINGH YANG LAMA YANG MENYUSAHKAN TRANFORMASI KERAJAAN .


7.       KELULUSAN KELUAR NEGARA PESENDIRIAN PERLU MENGISTIHARKAN KOS DAN SUMBER KEWANGAN DAN PENURUNAN KUASA DI BERIKAN KEPDA PEGAWAI PENYELIA.

8.       KEMELESATAN EKONOMI SELURUH DUNIA DIALAMI OLEH NEGARA-NEGARA SAPERTI GREEEK, AMAERIKA DAN LAIN-LAIN. MALAYSIA TIDAK MENMGALAMI MASAALAH INI DENGAN MENGURUS SUMBER DALAM DENGAN BAIK MENYEBABKAN KITA MAMPOU MEMBEERI BONUS DAN SEBAGAINYA KEPADA RAKYAT.


9.       BUDGET 2013 DIBUAT MENGHIKUT KEMAMPUIAN KERAJAAN, DAN BELEIAU ANTARANYA YANG DIJEMPUT MENELITI PERBINCANGAN PENYEDIAAN BUDGET TERSEBUT.

10.   KAJIAN MENGHAPUSKAN TEMBOK GAJI MAKSIMA PEKERJA, IAITU TIDAK ADA GAJI MAKSIMA BAGI KAKITANGAN AWAM.


11.   KAJIAN BAGI MENGELAKKAN KAKITANGAN AWAM BERSARA SEBAGAI MISKIN TEGAR, KAJIAN AKAN DIBUAT BAGI MEMIKIRKAN MENETAPKAN JUMLAH PENCEN MINIMA PENJAWAT AWAM.

12.   PENJAWAT AWAM PERLU FAHAM  ASPIRASI KERAJAAN, DAN CUEPACS PERLU MEMBERIKAN CADANGAN YANG POSITIF SERTA BERBINCANG DENGAN BAIK DENGAN KERAJAAN.

Tuesday, October 16, 2012

JPM KELUAR PEKELILING BARU PERATUSAN PEJALANAN BAGI PENJAWAT AWAM


Bernama
12/10/2012
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan surat pekeliling baru mengenai Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas, selaras dengan usaha untuk menambah baik kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.

Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 itu menetapkan semua pegawai awam yang ingin ke luar negara atas tujuan persendirian perlu mendapatkan kelulusan pegawai tinggi mengikut jawatan dan kategori pegawai.

Ia ditandatangani Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa bagi menggantikan Surat Pekeliling Am bertarikh 1 Mac 1984 dan 11 Jun 1986.

Menurut surat pekeliling terbaru itu, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan di JPM perlu mendapatkan kelulusan KSN.

Pegawai-pegawai di bawah seliaan Ketua Setiausaha Kementerian termasuk Timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian pula perlu mendapatkan kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian (butiran tiga dalam pekeliling).

SURUHANJAYA KHAS KAJI TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM KEMUKA LAPORAN DISEMBER


Bernama
11/10/2012
MELAKA, 10 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam akan mengemukakan laporan lengkap berhubung cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam kepada Kabinet akhir tahun ini.

Pengerusinya Tun Zaki Tun Azmi berkata suruhanjaya itu kini sedang melakukan lawatan mengejut ke jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan bagi melihat mutu perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai serta memahami situasi yang dihadapi rakyat ketika berurusan dengan sektor awam.

"Bukan kita nak cari salah, masalah tetapi untuk memahami keadaannya, dengan memahami keadaan ini mungkin kita boleh memperbetulkan dan memperbaiki kelemahan yang terdapat di tempat ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, Rabu.

Turut menyertai lawatan itu, beberapa anggota suruhanjaya itu termasuk bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Zaki berkata pihaknya yang melakukan lawatan ke sektor awam di Sarawak dan Sabah pada Ogos dan Sept lepas, hari ini mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah Sepang, Ibu pejabat Polis Daerah Sepang di Selangor; Klinik 1Malaysia Rasah dan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan selain UTC Melaka.

-- BERNAMA

Saturday, October 13, 2012

HANYA 0.5 PERATUS PENJAWAT AWAM HIDAP MASALAH MENTAL - JPA


Bernama
12/10/2012

PUTRAJAYA, 10 Okt (Bernama) -- Hanya 0.5 hingga satu peratus daripada 1.4 juta penjawat awam di negara ini menghadapi masalah psikologi dan kesihatan mental, kata Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dr Aris Kasan.

Beliau berkata angka itu adalah kecil dan masih boleh diatasi


"Dengan bantuan dan kepakaran pakar psikologi dan kaunselor untuk pembangunan semula, masalah ini boleh diatasi agar mereka dapat memberikan perkhidmatan berkesan untuk menyumbang kepada pembangunan agensi dan negara.


"Hanya bilangan kecil yang menghadapi masalah mental yang serius dan perlu mendapatkan bantuan dari pakar di hospital," katanya kepada pemberita selepas Sambutan 20 Tahun Psikologi Perkhidmatan Awam, di sini hari ini.

KETUA JABATAN DIINGATKAN BERI PERHATIAN KENAIKAN PANGKAT DAN GAJI PETUGAS - ALI HAMSA


Bernama
12/10/2012
SHAH ALAM, 11 Okt (Bernama) -- Ketua-ketua jabatan kerajaan diminta memberi perhatian berhubung kebajikan petugas bawahan mereka terutama dalam soal kenaikan pangkat dan gaji dalam program 'turun padang' meninjau tahap perkhidmatan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata ini kerana penjawat awam sering diminta memberikan perkhidmatan berkualiti tetapi kebajikan mereka berhubung soal perjawatan tidak diambil peduli.


Dalam pertemuannya dengan penjawat awam persekutuan dan negeri di sini hari ini, Ali berkata penjawat awam perlu menikmati kenaikan gaji dari tahun ke tahun kerana jika tiada kenaikan, nilai gaji yang diterima mereka akan semakin berkurangan kesan daripada kadar inflasi.


Katanya penjawat awam terutama daripada kumpulan sokongan harus mendapat unjuran gaji sebaik mungkin sehingga tamat perkhidmatan agar mereka tidak tergolong dalam golongan miskin, apabila bersara kelak.


Memandangkan pesara kerajaan juga menikmati kenaikan pencen dua peratus setahun, beliau berpendapat penjawat awam perlu mendapatkan kenaikan gaji sekurang-kurangnya sama dengan kadar inflasi negara.


Bagi kumpulan pegawai pula, beliau berkata ketua jabatan perlu memastikan kumpulan ini mencapai gred pangkat yang tinggi sebelum bersara, dengan syarat mereka tidak mempunyai masalah disiplin dan mendapat markah 80 peratus ke atas dalam laporan penilaian prestasi tahunan mereka.


Beliau memberi contoh masalah perjawatan perkhidmatan perguruan diatasi dengan pengenalan kenaikan pangkat berdasarkan jangka masa bertugas di mana guru siswazah yang berkhidmat 25 tahun akan naik sehingga gred 54 sebelum menamatkan perkhidmatan.


Sehubungan itu, beliau berharap skim perjawatan lain perlu menggunakan pendekatan yang sama bagi menangani masalah perjawatan dan gaji statik untuk jangka masa panjang.


Sementara itu, dalam ucapannya, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Muhammad Khusrin Munawi memaklumkan jumlah penjawat awam di negeri ini ialah 17,200 orang dan Selangor perlu mengisi 3,800 jawatan kosong.


Katanya penambahan petugas itu diperlukan memandangkan kepadatan penduduk dan kemahuan untuk perkhidmatan terbaik daripada penduduk.


-- BERNAMA

SURUHANJAYA KHAS KAJI TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM KEMUKA LAPORAN DISEMBER


Bernama
11/10/2012
MELAKA, 10 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam akan mengemukakan laporan lengkap berhubung cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam kepada Kabinet akhir tahun ini.

Pengerusinya Tun Zaki Tun Azmi berkata suruhanjaya itu kini sedang melakukan lawatan mengejut ke jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan bagi melihat mutu perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai serta memahami situasi yang dihadapi rakyat ketika berurusan dengan sektor awam.

"Bukan kita nak cari salah, masalah tetapi untuk memahami keadaannya, dengan memahami keadaan ini mungkin kita boleh memperbetulkan dan memperbaiki kelemahan yang terdapat di tempat ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, Rabu.

Turut menyertai lawatan itu, beberapa anggota suruhanjaya itu termasuk bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Zaki berkata pihaknya yang melakukan lawatan ke sektor awam di Sarawak dan Sabah pada Ogos dan Sept lepas, hari ini mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah Sepang, Ibu pejabat Polis Daerah Sepang di Selangor; Klinik 1Malaysia Rasah dan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan selain UTC Melaka.

-- BERNAMA

Suruhanjaya Penambahbaik SSM Mula bersidang

Setelah SBPA dibatalkan, suruhanjaya Penambahbaikan SSM telah ditubuhkan dan mula menjalankan tugasnya. Dijangka lapuran pertama dapat dikeluarkan selepas 30 September 2012. Ini penting kenaikan gaji baru-baru ini adalah langkah sementara, Penambaikan skim gaji perlu diparktikan sehubungan dengan matlamat kerajaan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.