Sunday, July 18, 2010

Pre Konvensyen CUEPACS 2010


Seramai lebih 200 orang barisan kepimpinan kesatuan gabungan CUEPACS telah mengadakan Pre Konvensyen CUEPACS pada 17-18 Julai 2010 di Bukit Gambang Resort Kuantan Pahang.

Dalam persidangan tersebut pelaporan dari Jawatankuasa Kerja dari Biro-Biro serta laporan dari Jawatantankuasa Gred dan juga Bahagian Negeri telah dibentangkan. Lebih dari 70 isu yang dicatatkan bagi pihak Kongress meneliti dan dikemaskini bagi pembentangan pada sidang konvensyen yang dijangka pada awal bulan Disember 2010.

Semua pihak yang terlibat dikehendaki mengemaskini pelaporan dan menghantar pada urusetia sebelum 15 September 2010.

Friday, July 16, 2010

TAHUKAH ANDA -MAJLIS BERSAMA JABATAN

Apa itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Penubuhan MBJ

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan.

Bidang dan fungsi

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Perkara yang boleh dibincangkan

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

Faedah MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.


MELAYARI FACEBOOK MELALAIKAN PENGGUNA

Ada pendapat positif dan negatif pasal ramai yang melayari facebook. Kalau ada disiplin ok la tidak membuang masa yang sepatutnya buat kerja yang lebih berfaedah dari dok melayari facebook. Terutama masa kerja, dirumah masa bersama keluarga atau masa sepatutnya buat sesuatu yang lebih berfaedah.

Apa yang diperhatikan banyak yang negatif laaa... banyak kerja tertangguh dok asyik monitor dilaman web facebook. Bukan apa nak bagi ingatan pada diri sendiri dan rakan-rakan jangan dok lalai buang masa.... buat dulu kerja yang lebih penting dan berfaedah... kalu ada masa terluang tuu bolehla belayar di facebook kesukaan

Pertukaran JUSA : Julai 2010


CetakPDF
NamaDariKe
15 Julai 2010

YBhg. Dr. Ismail Bin Haji Ahmad

Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar, Kementerian Pertahanan

Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan

01 Julai 2010

YBhg. Dato’ Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah

Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam

YBhg. Dato’ Dr. Muhamad Bin Hamzah

Pengarah, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam

Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim, Jabatan Perdana Menteri

YBhg. Dr. Aminuddin Bin Hassim

Program Cross-Fertilization Ke Khazanah Nasional Berhad

Pengarah, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Jabatan Perkhidmatan Awam

Encik Arifin Bin Che Mat

Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim, Jabatan Perdana Menteri

Penempatan Khas, Jabatan Perkhidmatan Awam

Encik Azizan Bin Mohamad Sidin

Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Ketua Pengarah, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

Puan Rosela Binti Mahayuddin

Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

Timbalan Ketua Setiausaha Ii, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

Encik Bala Singam A/L Karupiah

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Puan Fatimah Binti Ahmad

Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Kebudayaan, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Puan Fauzia Binti Sabiri

Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Khazanah Dan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Kebudayaan Dan Perancangan Strategik, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Kemaskini Terakhir: 15-07-2010 Portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

SENARAI AGENSI INSURAN YANG DIPERAKUI OLEH CUEPACS

AGENSI NO.1 : CHONG KOK AN

Nama Agensi : Chong Kok An

Alamat : 8-2, jalan 3/114, Kuchai Business Centre
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur.

Nama Skim : CUEPACS-Great Eastern
Skim Berkumpulan Pelbagai Manfaat Dana Restu
Bermula 18 Disember 2005
Mendapat kelulusan sesi 2004-2007


AGENSI NO.2 : JAMES D. RAVI & ASSOCIATES

Nama Agensi : James D. Ravi & Associates

Alamat : Level 3, Bangunan PSM
No 178, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur.

Nama Skim : CUEPACS-Great Eastern [CUEPACS Living Care]
Skim Berkumpulan Dana Restu Pelbagai Manfaat
Bermula 10 Oktober 2002
Mendapat kelulusan sesi 2001-2004 & 2004-2007


AGENSI NO.3 : JAYA RISK CONSULTANTS

Nama Agensi : Jaya Risk Consultants

Alamat : 35A, Jalan Jernang 27/8
40000 Shah Alam
Selangor.

Nama Skim : CUEPACS Group PA

Skim Insuran Berkumpulan Khas
Bermula 10 May 2007
Mendapat kelulusan sesi 2004-2007

AGENSI NO.4 : MENTARY CONSULTANCY

Nama Agensi : Mentary Consultancy

Alamat : Wisma CUEPACS
34B, Jalan Yew off Jalan Gajah
55100 Pudu
Kuala Lumpur.
[Penyewa ruang pejabat CUEPACS]

Nama Skim : Skim Syariah CUEPACS

Kerjasama Takaful Ikhlas Sdn Bhd.
Bermula : 2004


AGENSI NO.5: FAUZI ABDUL JALIL SDN. BHD

Nama Agensi : Agensi Fauzi Abdul Jalil Sdn Bhd

Alamat : 965, Kompleks Peruda Baru
Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar
Kedah.

Nama Skim : Skim Ikhtiari CUEPACS

Skim Insuran Berkumpulan Komprehensif
Milik MCIS Zurich Insuran Berhad
Bermula 2009

AGENSI NO.6 : MEDICARE ASSISSTANCE SDN. BHD
Nama Agensi : Medicare Assistance Sdn Bhd

Alamat : 51-A, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah
Taman Sri Andalas
41200 Klang
Selangor.

Nama Skim : CUEPACSCARE & CUEPACS PA

Skim Kesihatan CIMB Aviva
Bermula 25 Jun 2003
Mendapat kelulusan sesi 2001-2004


PERANGAI KAKITANGAN AWAM CURI TULANG


Jam hampir menginjak ke pukul 10 pagi, mereka masih lagi rancak berborak, sambil menghirup teh tarik yang sudah sejuk dan sesekali menyedut asap rokok. Sesuatu yang pasti mereka ini sudah berada di kedai ini seawal pukul 9 pagi.

Apabila penulis bergerak untuk membayar kira-kira pukul 9.50 pagi, langsung tidak kelihatan mereka akan bangun dan kembali ke pejabat masing-masing.

Soalannya, tidak bekerjakah mereka atau sudah siap semua kerja yang diamanahkan? Berapa jam sebenarnya mereka ini bekerja dalam sehari, jika ditolak masa terbuang semasa bersarapan dan makan tengah hari.

Adilkah perbuatan ini? Mereka mendapat gaji yang sudah semestinya daripada duit rakyat, berbanding dengan kakitangan lain yang tekun bekerja seperti guru yang memulakan tugas seawal 7.30 pagi dan akan habis pada sebelah petang jika tidak ditambah dengan aktiviti kokurikulum atau kerja-kerja perkeranian.

Selain itu, saban tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan berjuang untuk meminta bonus dan kenaikan gaji. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkali-kali mendambakan perkhidmatan terbaik kelas pertama daripada penjawat awam.

Tetapi pada masa sama masih terdapat segelintir yang seolah-olah sekadar menumpang dan mengambil kesempatan daripada nikmat yang dilimpahkan kerajaan. Oleh itu, jangan hanya kerana segelintir atau kerana nila setitik akan menyebabkan seluruh sektor awam dipandang serong.

Beberapa tahun lepas, masih segar diingatan penulis teguran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terhadap segelintir penjawat awam yang sanggup memandu hingga ke Nilai atau Port Dickson dari Seremban hanya semata-mata untuk bersarapan atas alasan makanan di tempat berkenaan lebih lazat.

Apa salahnya sesekali pihak-pihak berkuasa dalam sektor awam ini turun padang dan membuat kunjungan 'hormat' ke restoran-restoran yang mempunyai rating tinggi bagi melihat sendiri perangai anak-anak buah mereka.

Kerja iaitu mencari rezeki halal adalah ibadah yang akan diperhitungkan soal dosa pahala di akhirat. Dalam mengerjakan ibadah tiada istilah jalan pintas semuanya wajib dilakukan mengikut turutan atau rukun.

Berkatkah rezeki yang diperoleh jika jalan pintas diamalkan? Bagaimana hukumnya pendapatan yang dituai pada hujung bulan itu diberi makan kepada anak-anak dan untuk saraan keluarga?

Malah pada padang mahsyar nanti, segala perbuatan kita akan dihisab dan dipertontonkan kepada umum, mulut akan terkatup rapat, anggota badan pula yang akan mengambil peranan menjelaskan setiap apa yang dilakukan oleh tuan punya badan, walaupun sekecil zarah sekalipun.

Timbang-timbangkanlah hidup di dunia hanya sementara sebelum meneruskan perjalanan abadi ke akhirat