Seramai lebih 200 orang barisan kepimpinan kesatuan gabungan CUEPACS telah mengadakan Pre Konvensyen CUEPACS pada 17-18 Julai 2010 di Bukit Gambang Resort Kuantan Pahang.
Sunday, July 18, 2010
Pre Konvensyen CUEPACS 2010
Seramai lebih 200 orang barisan kepimpinan kesatuan gabungan CUEPACS telah mengadakan Pre Konvensyen CUEPACS pada 17-18 Julai 2010 di Bukit Gambang Resort Kuantan Pahang.
Friday, July 16, 2010
TAHUKAH ANDA -MAJLIS BERSAMA JABATAN
Apa itu MBJ?
Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.
Penubuhan MBJ
Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan.
Bidang dan fungsi
Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.
Perkara yang boleh dibincangkan
Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.
Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.
Faedah MBJ
Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.
MELAYARI FACEBOOK MELALAIKAN PENGGUNA
Pertukaran JUSA : Julai 2010
06 JULAI 2010
Nama | Dari | Ke |
---|---|---|
15 Julai 2010 | ||
YBhg. Dr. Ismail Bin Haji Ahmad | Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar, Kementerian Pertahanan | Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan |
01 Julai 2010 | ||
YBhg. Dato’ Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah | Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan | Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam |
YBhg. Dato’ Dr. Muhamad Bin Hamzah | Pengarah, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam | Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim, Jabatan Perdana Menteri |
YBhg. Dr. Aminuddin Bin Hassim | Program Cross-Fertilization Ke Khazanah Nasional Berhad | Pengarah, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Jabatan Perkhidmatan Awam |
Encik Arifin Bin Che Mat | Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim, Jabatan Perdana Menteri | Penempatan Khas, Jabatan Perkhidmatan Awam |
Encik Azizan Bin Mohamad Sidin | Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor | Ketua Pengarah, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan |
Puan Rosela Binti Mahayuddin | Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi | Timbalan Ketua Setiausaha Ii, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi |
Encik Bala Singam A/L Karupiah | Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan | Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan |
Puan Fatimah Binti Ahmad | Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Kebudayaan, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan | Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan |
Puan Fauzia Binti Sabiri | Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Khazanah Dan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan | Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Kebudayaan Dan Perancangan Strategik, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan |
SENARAI AGENSI INSURAN YANG DIPERAKUI OLEH CUEPACS
AGENSI NO.1 : CHONG KOK AN
Alamat : 8-2, jalan 3/114, Kuchai Business Centre
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur.
Nama Skim : CUEPACS-Great Eastern
Skim Berkumpulan Pelbagai Manfaat Dana Restu
Bermula 18 Disember 2005
Mendapat kelulusan sesi 2004-2007
AGENSI NO.2 : JAMES D. RAVI & ASSOCIATES
Alamat : Level 3, Bangunan PSM
No 178, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur.
Nama Skim : CUEPACS-Great Eastern [CUEPACS Living Care]
Skim Berkumpulan Dana Restu Pelbagai Manfaat
Bermula 10 Oktober 2002
Mendapat kelulusan sesi 2001-2004 & 2004-2007
AGENSI NO.3 : JAYA RISK CONSULTANTS
Alamat : 35A, Jalan Jernang 27/8
40000 Shah Alam
Selangor.
Nama Skim : CUEPACS Group PA
Skim Insuran Berkumpulan Khas
Bermula 10 May 2007
Mendapat kelulusan sesi 2004-2007
AGENSI NO.4 : MENTARY CONSULTANCY
Alamat : Wisma CUEPACS
34B, Jalan Yew off Jalan Gajah
55100 Pudu
Kuala Lumpur.
[Penyewa ruang pejabat CUEPACS]
Nama Skim : Skim Syariah CUEPACS
Kerjasama Takaful Ikhlas Sdn Bhd.
Bermula : 2004
AGENSI NO.5: FAUZI ABDUL JALIL SDN. BHD
Alamat : 965, Kompleks Peruda Baru
Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar
Kedah.
Nama Skim : Skim Ikhtiari CUEPACS
Skim Insuran Berkumpulan Komprehensif
Milik MCIS Zurich Insuran Berhad
Bermula 2009
AGENSI NO.6 : MEDICARE ASSISSTANCE SDN. BHD
Alamat : 51-A, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah
Taman Sri Andalas
41200 Klang
Selangor.
Nama Skim : CUEPACSCARE & CUEPACS PA
Skim Kesihatan CIMB Aviva
Bermula 25 Jun 2003
Mendapat kelulusan sesi 2001-2004
PERANGAI KAKITANGAN AWAM CURI TULANG
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my
13/7/2010
Jam hampir menginjak ke pukul 10 pagi, mereka masih lagi rancak berborak, sambil menghirup teh tarik yang sudah sejuk dan sesekali menyedut asap rokok. Sesuatu yang pasti mereka ini sudah berada di kedai ini seawal pukul 9 pagi.
Apabila penulis bergerak untuk membayar kira-kira pukul 9.50 pagi, langsung tidak kelihatan mereka akan bangun dan kembali ke pejabat masing-masing.
Soalannya, tidak bekerjakah mereka atau sudah siap semua kerja yang diamanahkan? Berapa jam sebenarnya mereka ini bekerja dalam sehari, jika ditolak masa terbuang semasa bersarapan dan makan tengah hari.
Adilkah perbuatan ini? Mereka mendapat gaji yang sudah semestinya daripada duit rakyat, berbanding dengan kakitangan lain yang tekun bekerja seperti guru yang memulakan tugas seawal 7.30 pagi dan akan habis pada sebelah petang jika tidak ditambah dengan aktiviti kokurikulum atau kerja-kerja perkeranian.
Selain itu, saban tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan berjuang untuk meminta bonus dan kenaikan gaji. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkali-kali mendambakan perkhidmatan terbaik kelas pertama daripada penjawat awam.
Tetapi pada masa sama masih terdapat segelintir yang seolah-olah sekadar menumpang dan mengambil kesempatan daripada nikmat yang dilimpahkan kerajaan. Oleh itu, jangan hanya kerana segelintir atau kerana nila setitik akan menyebabkan seluruh sektor awam dipandang serong.
Beberapa tahun lepas, masih segar diingatan penulis teguran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terhadap segelintir penjawat awam yang sanggup memandu hingga ke Nilai atau Port Dickson dari Seremban hanya semata-mata untuk bersarapan atas alasan makanan di tempat berkenaan lebih lazat.
Apa salahnya sesekali pihak-pihak berkuasa dalam sektor awam ini turun padang dan membuat kunjungan 'hormat' ke restoran-restoran yang mempunyai rating tinggi bagi melihat sendiri perangai anak-anak buah mereka.
Kerja iaitu mencari rezeki halal adalah ibadah yang akan diperhitungkan soal dosa pahala di akhirat. Dalam mengerjakan ibadah tiada istilah jalan pintas semuanya wajib dilakukan mengikut turutan atau rukun.
Berkatkah rezeki yang diperoleh jika jalan pintas diamalkan? Bagaimana hukumnya pendapatan yang dituai pada hujung bulan itu diberi makan kepada anak-anak dan untuk saraan keluarga?
Malah pada padang mahsyar nanti, segala perbuatan kita akan dihisab dan dipertontonkan kepada umum, mulut akan terkatup rapat, anggota badan pula yang akan mengambil peranan menjelaskan setiap apa yang dilakukan oleh tuan punya badan, walaupun sekecil zarah sekalipun.
Timbang-timbangkanlah hidup di dunia hanya sementara sebelum meneruskan perjalanan abadi ke akhirat