"Morning tea break" tidak ada dalam peraturan perintah am JPA. Pemberian masa untuk "morning tea break"adalah ehsan jabatan masing-masing. Terdapat kakitangan awam yang menyalah guna masa dengan menghabiskan masa berjam-jam dikantin atau diluar pejabat atas urusan lain"Tan Sri Ismail Adam menjelaskan dalam ucapan aluan mesyuarat bersama CUEPACS di JPA baru-baru ini.
Tambahnya lagi "Senario yang tidak baik ini mestikah dihentikan segera bagi meningkatkan tahap produktivi sektor awam kearah perkhidmatan awam yang kelas pertama. Adalah diakui walau sebaik mana pun perkhidmatan diberi pastinya masih terdapat segelintir kakitangan yang menyebabkan nama baik perkhidmatan awam tercemar.Masa ini produktiviti dan kreativiti serta innovasi yang memudah dan menambahbaik perkhidmatan awam amat dialu-alukan"
Amat setuju dengan kenyataan diatas. Memang segelintir sahaja yang membawa masalah dan segelintir inilah yang membawa punca rosaknya nama baik perkhidmatan awam. Contoh paling mudah ialah apabila ada berita tentang kes salah guna kuasa atau kes jenayah yang dipaparkan dalam media, ia akan berbunyi "Seorang penjawat awam ditahan kerana itu dan ini...." Orang diluar mendengar dan terus berfikir.. Oh penjawat awam.. padahal yang terlibat hanyalah seorang sahaja daripada agensi tertentu.. Bak kata pepatah "Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga".
ReplyDeleteMinum pagi tu sepatutnya kita tiru sahaja bagaimana cara mereka yg bekerja di swasta minum ;)