RISDA sebagai sebuah badan berkanun mempunyai peraturan yang tersendiri yang mana peranan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa RISDA menentukan penerimaan peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pihak pekerja amat mengalu-alukan penerimaan pemakaian peraturan yang menguntungkan pihak pekerja. tetapi sebaliknya terdapat beberapa peraturan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam merugikan dan menyusahkan pekerja. Contohnya dengan peraturan pindaan pembayaran Pencen Pilihan yang menghadkan 20% atau minima RM10,000 amat merugikan pekerja dan merugikan RISDA.
Bagi Pekerja yang memang patut bersara kerana kurang pretasi serta bermasaalah adalah lebih baik bersara pilihan kerana ianya menguntungkan organisasi yang membayar gaji yang mahal tanpa pulangan yang setimpal.
Manakala Pekerja yang hampir bersara mempunyai perancangan yang tersendiri memilih bersara awal dapat menggunakan wang pampasan untuk bertukar kebidang kerjaya lain. Bagi Pekerja yang mempunyai masaalah bebanan hutang yang berat, bersara pilihan adalah yang terbaik kerana dengan sejumlah wang pampasan dan GCR dapat melepaskan dari cengkaman hutang dan memulakan hidup baru bebas dari hutang bila bersara.
Kesimpulan dari faktor diatas, RISDA sebagai sebuah badan berkanun mempunyai pilihan menggunakan kuasa yang ada pada Majlis Pihak Berkuasa untuk TIDAK menerimapakai peraturan atau pekeling-pekeliling yang tidak menguntungkan pekerja RISDA. Sekiranya peraturan telah diterima, diharap ianya boleh dikaji semula oleh pihak Pengurusan RISDA untuk dikemukakan kepada Pihak Berkuasa RISDA untuk menolak arahan atau pekeliling tersebut.
No comments:
Post a Comment