Wednesday, August 25, 2010

'DUIT RAYA' RM500 UNTUK KAKITANGAN AWAM, PESARA

25 Ogos 2010

Bernama

2010/08/25


KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA

Tuesday, August 24, 2010

Berbuka Puasa di Sri Perdana.. Dapat Bonus ke Dato Sri??




Majlis Tertinggi CUEPACS bersama PM di Sri Perdana dalam Majlis Berbuka Puasa. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah kelab-kelab NGO dan anak-anak yatim dari Sungai Morab, Bangi.
Dikesempatan majlis ini, perbincangan dan "follow up" isu dan tuntutan dilontarkan kepada Dato Sri Najib Perdana Menteri Malaysia terutama isu bonus dan nak raya tahun ni lagu mana!!. Harapnya dapat sesuatu menjelang Syawal nii..!

Bonus di bulan Ramadhan

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan - Kepada semua rakan-rakan diucapkan selamat mengerjakan ibadat puasa dibulan Ramadhan. Marilah kita sama-masa merebut tawaran istimewa serta bonus yang ditawarkan. Lailatulqadar bakal datang lagi!!!, jom kita bersedia siapkan diri kita bagi mendapat kelebihan Lailatulqadar iaitu malam yang membawa kelebihan 1000 bulan.

Sunday, August 15, 2010

Meneruskan mandat Peneraju CUEPACS Kelantan


Mandat terus di berikan ahli Wakil KPPR meneraju CUEPACS Bahagian Kelantan. Saudara Haji Shamsudin Mohd Noor dipilih sebagai pengerusi untuk sessi 2010-2013 dalam AGM CUEPACS Kelantan pada 26 Jun 2010

Saturday, August 14, 2010

RM560,000.00 Saman Kenderaan RISDA

Adakah anda tahu bahawa jumlah saman kenderaan RISDA seluruh Malaysia berjumlah RM 560,000.00 Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar kenderaan RISDA tidak dapat bayar roadtax!

Difahamkan perundingan telah dibuat oleh pihak pengurusan RISDA dengan pihak yang berkenaan untuk mendapat diskaun ataupun pelepasan. Hasil dari perundingan, dari RM560,000 kompaun telah dikurangkan kepada RM169,000.00. Kepada pemandu-pemandu RISDA harap bersedia dengan bukti buku log jika ingin menafikan saman yang dikeluarkan. Surat arahan akan dikeluarkan sedikit masa lagi

"ANDA MAMPU MENGUBAHNYA" -JANGAN PONTENG KERJA

Utusan Malaysia
2/8/2010



PUTRAJAYA 31 Julai - Awas! penjawat awam yang cuba 'curi tulang' dengan menghabiskan masa di kafetaria atau pusat membeli-belah pada waktu pejabat di sini.

Ini kerana gelagat anda akan dirakamkan menerusi kamera kompak oleh anggota dua skuad pemantau dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Skuad yang ditubuhkan itu akan berkeliaran di lokasi-lokasi yang dikenal pasti antaranya Taman Warisan Pertanian dan Alamanda untuk merakam perbuatan seumpama itu.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan di JPA, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya memberitahu, pemantauan itu dilakukan ekoran aduan orang ramai terhadap sikap segelintir pegawai awam yang tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di pusat membeli-belah semasa tempoh tersebut.

Waktu rehat bagi sektor awam adalah antara 1 hingga 2 petang sahaja tetapi kelonggaran diberikan kepada penjawat awam yang mempunyai urusan rasmi pada waktu itu.

''Pegawai awam yang ditangkap semasa operasi dilaksanakan akan diambil maklumat peribadi mereka dan dipanjangkan kepada ketua jabatan masing-masing untuk diambil tindakan sewajarnya.

''Ketidakpatuhan waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah-Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974.

''Juga, menyalahi Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta Tatakelakuan Pegawai Awam di bawah Peraturan 4," katanya dalam surat Edaran JPA 2020 yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mohd. Azhar berkata, susulan dari tindakan itu, ketua jabatan diminta menguatkuasakan peraturan mengenai pematuhan waktu masuk bekerja pada sebelah pagi dan tengah hari.

''Mereka juga perlu membuat pemantauan secara berterusan di kantin, kafeteria dan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pegawai di bawah seliaan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Korporat JPA, Nik Noraini Nik Ya berkata, meskipun waktu anjal bekerja diperuntukkan kepada penjawat awam namun ia bukan faktor atau alasan untuk duduk minum di kafetaria semasa waktu pejabat.

''Kita ada tiga waktu anjal bekerja iaitu antara 7.30 pagi hingga 4.30 petang, 8 pagi - 5 petang dan 8.30 pagi - 5.30 petang namun kakitangan tidak boleh sewenang-wenang keluar untuk sarapan pada pukul 9 pagi walaupun anda masuk 7.30 pagi.

''Bagaimanapun di sini, pengecualian tertentu bergantung kepada situasi misalnya jika penjawat awam itu dari kalangan guru. Dengan masa bekerjanya antara 7 pagi hingga 1 petang, takkan skuad berkenaan mahu menahannya atas kesalahan itu jika ternampak dia di Alamanda sekitar pukul 3 petang," katanya.

APAKAH WAJAR CUTI BERSALIN 90 HARI

Berita Harian
2/8/2010




PEKELILING Perkhidmatan Awam Bilangan Dua, 1998 memperuntukkan cuti bersalin 60 hari kepada semua penjawat awam di Malaysia. Kemudahan ini seterusnya dilaksanakan oleh kebanyakan sektor swasta apabila peruntukan ini dikuatkuasakan mengikut Akta Kerja 1955.

Peruntukan ini dikira sebagai hak kepada wanita dan bukanlah satu keuntungan yang perlu dipertikaikan. Terkini, selepas Kelantan dan Selangor melanjutkan cuti bersalin kepada 90 hari, rakyat terus mendesak supaya pelaksanaan itu diperluas kepada semua sektor di Malaysia. Wajarkah perlanjutan cuti bersalin ini dilaksanakan?Sebagai pandangan individu, proses mengandung dan bersalin bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh diambil kira sebagai satu perkara remeh. Mengandung selama kira-kira sembilan bulan 10 hari, membentuk wanita kepada pelbagai perubahan, bukan saja dari aspek fizikal dan biologi, malah spiritual, emosional dan psikologi.Justeru, diperuntukkan 60 hari cuti kepada wanita bagi proses pemulihan selepas bersalin. Namun, dari segi kepercayaan tradisi bagi seorang wanita yang benar-benar pulih adalah selama 100 hari dan 90 hari dikira hampir dan wajar diberikan sekiranya pengiraan ini hanya dibuat berdasarkan justifikasi berkenaan.

Tetapi adakah dengan perlanjutan kepada 90 hari masalah wanita selepas melahirkan anak akan selesai?
Tidak sama sekali. Wanita tetap perlu melihat kepada kesan lain selepas cuti bersalin tamat.

Antara faktor yang perlu diambil kira selepas bulan madu tamat termasuk pengurusan penjagaan bagi bayi yang dilahirkan sama ada dihantar kepada penjaga di pusat asuhan atau pusat jagaan yang berdekatan atau perlu diupah pengasuh atau pembantu rumah.
Malah kemudahan bilik penyusuan, waktu kerja anjal dan pelbagai faktor lain perlu diambil kira. Selepas tamat tempoh bersalin, tidak kira sama ada 90 atau 100 hari, wanita tetap mengambil masa senggang untuk membawa bayi untuk imunisasi, cuti sakit (MC) apabila bayi demam, selesema dan lain-lain penyakit yang menyebabkan kepentingan perlanjutan cuti bersalin ini perlu dipertimbangkan.

Perkara ini seterusnya mendatangkan kesan kepada pelbagai pihak khususnya sektor swasta untuk mengelak pembayaran gaji kepada wanita sekiranya tempoh cuti bersalin dilanjutkan kepada 90 hari. Akibatnya kepakaran wanita tidak digunakan sepenuhnya dalam organisasi dan kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh berkurangan secara berterusan.

Justeru, pihak kerajaan perlu menyediakan persekitaran kerja yang kondusif untuk memastikan wanita yang berkemahiran dan mempunyai daya saing tinggi ini dapat terus menyumbang ke arah pembangunan negara.

Setakat dilanjutkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari tidak menjanjikan peningkatan kepada produktiviti negara sekiranya sistem sokongan yang lengkap tidak disediakan sepenuhnya. Faktor waktu anjal kepada wanita perlu diambil kira.

Kepada wanita, peganglah amanah, tanggungjawab serta kepercayaan majikan sewajarnya supaya peranan kita tidak diperlekehkan dan diambil mudah seterusnya melihat kita sebagai khalifah bermaruah.

IBU BEKERJAYA,
Kuala Lumpur.