Friday, October 2, 2009

AKAUN TABONG KPPRSM

KPPRSM mengutip caruman bulanan sebanyak RM 5.00 dari setiap orang ahli KPPRSM. Sebanyak RM2.00 adalah untuk tahun am bagi pengurusan KPPRSM dan sebanyak RM3.00 adalah untuk Tabung Kebajikan ahli-ahli. Walaupun fungsi utama Kesatuan ialah untuk aktiviti kesatuan bukannya badan kebajikan,tetapi aktiviti kebajikan turut memainkan peranan penting yang kadangkala membebankan pengurusan apabila kos kebajikan meningkat . Matlamat AMT adalah untuk membayar Khairat pada hari kematian dan faedah pesaraan pada hari terakhir perkhidmatan.

Untuk makluman ahli-ahli KPPR pada penggal 2007-2009 sebanyak RM 43,500 dibayar sebagai khairat kematian iaitu RM2000 bagi ahli yang meninggal dan RM 100,815 bagi faedah pesaraan iaitu sebanyak RM15.00 setahun menjadi ahli tertakluk maksima RM500. Jumlah Pembayaran bagi akaun tabong 2007-2009 adalah sebanyak RM144,315.00.



Setakat ini akaun tabong stabil kerana tiada lagi akaun tertunggak tuntutan dari ahli-ahli setelah biaya peperiksaan diberhentikan.Sebelum ini akaun tertunggak menghampiri RM100,000. Pada pandangan AMT jika ada ihsan dari ahli-ahli agar cadangan penambahan yuran pengurusan RM1.00 dan Tabong RM2.00 akan dapat memudahkan pengurusan yang terpaksa berdepan dengan tuntutan ahli terutama dalam masa 5 tahun akan datang ramai ahli berusia melebih 50 tahun dan akan bersara. Tuntutan akan meningkat berkali ganda pada tahun 2010-2015

No comments:

Post a Comment