Thursday, October 1, 2009

KONVENSYEN KPPRSM KE 23


KPPRSM telah mengadakan Konvensyen ke 23 di Hotel Sri Costa Melaka pada 28-30 September 2009. Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berusaha Dato Muhamad Izzat Hassan Ketua Pengarah RISDA.
Semasa ucapan perasmian beliau telah menyatakan bahawa Perkhidmatan di RISDA adalah merupakan yang terbaik setelah lebih 17 jabatan yang pernah beliau berkhidmat. Banyak kemudahan dan kebajikan yang disediakan untuk kakitangan RISDA yang mana menjadi pertanyaan oleh jabatan lain. Sehingga beliau tidak tahu apalagi kemudahan yang hendak diberikan kepada kakitangan. Beliau juga memaklumkan bahawa JPA telah mengeluarkan arahan mengenai Kesatuan Pegawai Kanan yang terlibat dengan pengurusan gred 41 keatas sepatutnya tidak boleh ditubuhkan. Dengan ini KPKR yang ada perlu dibubarkan.Beliau menasihatakan supaya ahli-ahli KPKR yang layak dapat bergabung dengan KPPR atau menubuhkan Kesatuan sendiri.

Konvensyen KPPRSM telah memilih barisan AMT sessi 2009-2011 adalah saperti berikut:-

Yang Dipertua : Sdr. Mohd Jamal Ramli (baru)
Naib Yang Dipertua : Sdr.Saarani Bakar
Setiausaha Agong : Sdr. Othman Ahmad
Penolong SUA : Sdr. Saufi Baharudin
Bendahari : Sdr. Tuan Haji Adnan Ahmad

Barisan exco :-

1. Rozi Samat - Perlis
2. Muhamad Fauzi Mansor - Kedah
3. Haji Abu Talib Man - Pulau Pinang
4. Mohd Kassim Mohd Zain - Perak
5. Ibrahim Abdul Rahman - Wilayah
6. Md.Khir Salleh - Selangor
7. Muhamd Jamal Ramli - Negeri Sembilan
8. Hamzah Bujal - Melaka
9. Zolkifli Kutang - Johor
10.Mohd Nasuha Bidin - Pahang
11. Che Abdullah Che Rahman - Terengganu
12. Ahmad Shabri Hassan - Kelantan

No comments:

Post a Comment