Friday, October 2, 2009

KPPR Sessi 2007-2009 yang Cemerlang



SEDUTAN DARI LAPORAN AMT DAN EXCO SESSI 2007-2009

Seminar dan Konvensyen ke 23 KPPRSM di Hotel Sri Costa Melaka telah meyaksikan para perwakilan amat berpuashati kejayaan yang dicapai sepanjang tempoh sessi 2007-2009. Antara kejayaan yang dicapai ialah:-

Tahun 2007

1. Konvensyen ke 22 di Dynasty Hotel yang begitu hebat dan meriah dengan program dan pengisiannya.

2. Penwujudan dan pengisian gred 26 di Pusat Tanggong jawab (N,G,W) dan pelaksanaan peperiksaan KPSL bagi kakitangan sokongan.

3. Peluang kenaikan pangkat ke Gred 41 bagi kakitangan yang mempunyai kelululusan dan potensi dimana beberapan orang telah ditawarkan ke gred 41.

4. Pembekalan "bush jacket" bagi pemandu Jusa telah dilaksanakan sebagai mana pemandu lain di peringkat kementerian.- Komen Dato KP -" orang panggil Dato kat Pak Kob! sebab nampak hebat, maka terpaksalah KP dudok seat belakang.

5. Seminar Khas Pengawai Luar bagi membincangkan beban tugas diadalakan di RISTEC.

6. Semua R1,N11 yang telah lama bertugas berjaya dinaikan ke R4 dan N17 kecuali yang tak mahu.

7. Melalui CUEPACS beberapa Kejayaan telah dicapai:-

a) Kenaikan Bayaran Sara Hidup (Pekeliling Perkhidmatan 6/2007)

b) Kenaikan Gaji 7%-35% (Pekeliling Perkhidmatan7/2007)

c) Kenaikan Elaun Tugas Memandu Kenderaan ( Pekeliling Perkhidmatan 12/2007)

d) Kenaikan Penetapan Gaji Permulaan dan Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat ( Pekeliling 14/2007)

e) Kemudahan Cuti Menjaga Anak (Pekeliling Perkhidmatan 15/2007)

f) Kenaikan Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Perumahan (Pekeliling Perkhidmatan 16/2007)


Tahun 2008

1. Pengisian kakitangan dari warga RISDA. Kajian telah dibuat sebilangan besar pegisian dibuat dari warga RISDA dan pekebun kecil. Walaubagaimana pun masih terdapat yang gagal disebabkan terlalu ramai anak warga RISDA yang memohon ataupun masaalah lain kerkaitan dengan syarat.

2. Pihak pengurusan bersetuju untuk membayar elaun tanggong kerja kepada kakitangan yang menjalankan tugas rakan yang menjalani kurus pra persaraan.

3. Pihak KPPR berjaya mendesak supaya pengisian jawatan kosong dibuat setelah sekian lama tanggong kerja datau memangku dibuat akibat kekosongan 5-10 tahun.

4. RISDA bersetuju bgi Kursus khas pengurusan kepada Ketua Stesen. Kursus ini penting bagi memberi pengetahuan ekoran pengisan kokosongan jawatan.

5. Pihak Pengurusan bersetuju meningkatkan kemudahan komputer dengan membekalkan 3 set komputer dan sistem internet di stesen.

6. Melalui CUEPACS badan Gabungan KPPR telah berjaya :-

a)Kenaikan Bayaran Elaun Tanggongjawab khas Pemandu ( Pekeliling Perkhidmatan 5/2008)

b) Tawaran opsyen Pelanjutan umur dari 56 tahun ke 58 tahun (Pekeliling Perkhidmatan 6/2008)

c) Peningkatan Maksimun Pengumpulan Cuti Rehat (GCR) kepada 150 hari ( Pekeliling Perkhidmatan 18/2008)

Tahun 2009

1. Akibat musim pesaraan kakitangan dan pem bukaan PT baru KPPR bersama-sama PSM berkerjasama bagi cadangan penambahan kakitangan baru.Isu yang timbulkan bila jawatan kanan tidak dapat diberi elaun tanggong kerja sebab pertukaran kakitangan ke PT baru. ( tanggongkerja saja-saja tak dapat apa-apa!!)

2. Melalui CUEPACS badan gabungan KPPR telah berjaya:-

a) Tawaran Opsyen Semula kepada pekerja Pihak Berkuasa dan Berkanun yang memilih KWSP kepada skim pencen.
b) Penamabahbaikan Kemudahan Cuti Bersalin Perkhidmatan awam

c) Pelaksanaan "Timebased Promotion" secara KUP kepada kakitangan yang berkhidmat lebih 15 tahun.

d) Penjumudan dan menaiktaraf beberapa gred rendah bagi gred yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment