Friday, October 23, 2009

Budget 2009 tiada bonus!!

Pembentangan budget 2009 pada 23 Oktober 2009 menyaksikan tiada bonus diperuntukan dalam budget 2010 setelah sekian lama kakitangan awam mendapat bonus. Budget pada tahun ini memberi lebih penekanan kepada pembangunan dan strategi bagi memulihkan ekonomi negara sapertimana yang kita sedia maklum melanda dunia.

Difahamkan nilai ekspot menurun hampir 40% dan impot negara semakin meningkat. Bila keadaaan ini terjadi cukai ekspot merosot dan pengaliran wang negara keluar meningkat akibat impot yang bertambah.

Kerajaan respon kepada golongan pesara dan golongan gred 41 yang tidak mendapat saguhati RM500 baru-baru ini dengan memanjangkan saguhati kepada kumpulan tersebut yang mana akan dibayar pada akhir tahun 2009.

Pihak CUEPACS yang mewakili kakitangan awam telah pun membawa mandat kongress memohon bonus 2 bulan gaji dengan perkiraan bahawa 1 bulan bonus adalah sebagai gaji 4 minggu terakhir setiap tahun dan 1 bulan adalah bonus. Walaupun budget tidak menyatakan pemberian bonus, diharap CUEPACS dapat mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan khususnya dengan PM bagi merayu supaya bonus diberikan bagi membantu kakitangan awam menghadapi kos awal tahun awal persekolahan. Saguhati RM250 raya dan RM250 buka sekolah adalah amat kecil nilainya.

Kita juga maklum bahawa kenaikan gaji 25%,15% dan 7% serta kenaikan Timebased Promotion baru-baru ini telah banyak dapat membantu kakitangan awam. Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak kerajaan. Kalau dapat satu bulan kira dah ok!!

No comments:

Post a Comment