Wednesday, October 20, 2010

NOTIS AWAL KONVENSYEN CUEPACS KE 25

a) Tarikh - Belum tetap dijangka antara 1-15 Disember 2010

b) Tempat : Kuantan Pahang

c) Persediaan:

- Pastikan yuran gabongan dibayar (KPPRSM beres semua yuran)

- Kenal pasti calon jawatan ahli majlis tertinggi cuepacs (9:14:4)

-Memilih perwakilan - 2 wakil bagi setiap 200 orang ahli pertama dan seorang bagi setiap tambahan 100 orang tertakluk kepada maksima 50 orang perwakilan.

d) Merangka usul jika ada.

e) Borang N yang dihantar kepada JHEKS hendaklah hantar kepada CUEPACS.

Tuesday, October 19, 2010

ULASAN ISU BONUS 2010

Budget 2011 masih tiada bonus yang diberikan sejak beberapa tahun sekadar bantuan sahaja. Tahun lepas rm500 untuk 2 kali bayar. Tahun ini rm1000 untuk 2 kali bayar sebagai bantuan. Walau apapun kadar diberikan Pihak Kakitangan Awam mengucapkan terima kasih terutama bagi golongan yang daif amat bernilai !! walaupun “lekat celah gigi bagi golongan berpendapatan tinggi”

Kenapa CUEPACS minta 2 bulan??.

a) Satu bulan adalah bayaran bagi 4 minggu setahun dikira jika gaji dibayar ikut bilangan minggu dan 1 bulan lagi adalah bonus sebenarnya.Adalah patut kerajaan memasukkan secara tetap dalam budget 1 bulan bonus setiap tahun tanpa perlu meminta-minta macam peminta sedekah.

b) Alasan Pihak Kerajaan menyatakan 3 billlion untuk bonus kakitangan perlu dikira semula. Kita lihat 3 buah Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan membiaya sendiri dari sumber dalaman bagi bayaran bonus kakitangan. Anggaran RM 3 billion adalah tidak tetap dan perlu dikira semula. Pihak CUEPACS dan Perbendaharaan perlu membuat kiraan semula yang tepat bukan sekadar alasan sahaja.

c) RM3 Billion Kerajaan tidak perlu berhutang untuk bayar bonus kakitangan awam. Lihat semula budget projek yang baru kurang perlu boleh dikurangkan sikit-sikit atau batal terus untuk bayar bonus yang dianggarkan tidak sampai RM 2 billion atau fikirkan fomula yang mampu kalau kumpulan sokongan1 bulan sama 1/2 bulan kumpulan profesional ataupun lain-lain formula yang termampu.

d) Janji PM pada tahun lepas di Parlimen semasa perjumpaan dengan Kongress menyatakan jika prestasi ekonomi negara meningkat bonus akan diberikan kepada kakitangan. Jadi kita terimalah walaupun RM 500 dengan 2 kali bayar. Maka tahun ini PM mengiktiharkan kenaikan ekonomi dengan baik. Prestasi Perkhidmatan Awam semakin meningkat.. jadi apa lagi yang Kerajaan nak dari Kakitangan Awam. Kerajaan perlu merancang budget bagi memastikan bonus dapat dibayar sekurang-kurangnya 1 bulan gaji setahun bagi mengelakkan defesit.

e) Dari tinjauan maklumbalas yang diterima.. rasa sedih,kecewa kakitangan awam yang mengharapkan pemberian bonus oleh kerajaan. Sebagai Kesatuan merasakan kebimbangan rasa kecewa akan menimbulkan impak yang negatif kakitangan awam terhadap kerajaan. CUEPACS perlu meminta dari Kerajaan sebab Kerajaan adalah majikan kepada pekerja. Tempat mana lagi nak minta tentunya kepada majikan dan berdoa kepada Yang Maha Esa.

f) Kalau dengan keadaan ekonomi tahun sebelum ini, Kerajaan mampu memberikan bonus, kenaikan gaji. Keadaan ekonomi sekarang ini adalah lebih baik yang pastinya Kerajaan mampu memberikan bonus kepada kakitangan awam.

g) Kalau dilihat budget banyak memberikan kelebihan kepada pihak swasta. Adakah kerjaaan tidak menilai sumbangan kakitangan awam bagi meningkat ekonomi negara bagi mencapai Model Ekonomi Baru (MEB) yang mana rakyat berpendapatan tinggi tahun 2020.

h) Setinggi mana CUEPACS dimata Kerajaan??. dengan belaian dan layanan yang diberikan amat bagus nampaknya. Tapi kalau dinilai dengan permohonan dengan budget 2011 amat "terasa" dan sedih serta kecewa. Dari itu kita dapat menilai tahap CUEPACS disisi Kerajaan.

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010


Barisan kepimpinan Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA Semenanjung Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Adiliftri maaf zahir dan batin. Ucapan khusus kepada Dato Ketua Pengarah RISDA, Dato Timbalan Ketua Pengarah Operasi & Pentadbiran, semua Pengarah-Pengarah Bahagian dan Negeri seterusnya kepada semua warga RISDA seluruhnya.

Dengan harapan semoga warga RISDA ceria, gembira dihari raya. Jangan lupa jaga keselamatan diri dan keluarga semasa memandu, belanja dengan sederhana dan pastikan kita meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan adat dan budaya yang sepatutnya. sekian wassalam.

Wednesday, August 25, 2010

'DUIT RAYA' RM500 UNTUK KAKITANGAN AWAM, PESARA

25 Ogos 2010

Bernama

2010/08/25


KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA

Tuesday, August 24, 2010

Berbuka Puasa di Sri Perdana.. Dapat Bonus ke Dato Sri??




Majlis Tertinggi CUEPACS bersama PM di Sri Perdana dalam Majlis Berbuka Puasa. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah kelab-kelab NGO dan anak-anak yatim dari Sungai Morab, Bangi.
Dikesempatan majlis ini, perbincangan dan "follow up" isu dan tuntutan dilontarkan kepada Dato Sri Najib Perdana Menteri Malaysia terutama isu bonus dan nak raya tahun ni lagu mana!!. Harapnya dapat sesuatu menjelang Syawal nii..!

Bonus di bulan Ramadhan

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan - Kepada semua rakan-rakan diucapkan selamat mengerjakan ibadat puasa dibulan Ramadhan. Marilah kita sama-masa merebut tawaran istimewa serta bonus yang ditawarkan. Lailatulqadar bakal datang lagi!!!, jom kita bersedia siapkan diri kita bagi mendapat kelebihan Lailatulqadar iaitu malam yang membawa kelebihan 1000 bulan.

Sunday, August 15, 2010

Meneruskan mandat Peneraju CUEPACS Kelantan


Mandat terus di berikan ahli Wakil KPPR meneraju CUEPACS Bahagian Kelantan. Saudara Haji Shamsudin Mohd Noor dipilih sebagai pengerusi untuk sessi 2010-2013 dalam AGM CUEPACS Kelantan pada 26 Jun 2010

Saturday, August 14, 2010

RM560,000.00 Saman Kenderaan RISDA

Adakah anda tahu bahawa jumlah saman kenderaan RISDA seluruh Malaysia berjumlah RM 560,000.00 Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar kenderaan RISDA tidak dapat bayar roadtax!

Difahamkan perundingan telah dibuat oleh pihak pengurusan RISDA dengan pihak yang berkenaan untuk mendapat diskaun ataupun pelepasan. Hasil dari perundingan, dari RM560,000 kompaun telah dikurangkan kepada RM169,000.00. Kepada pemandu-pemandu RISDA harap bersedia dengan bukti buku log jika ingin menafikan saman yang dikeluarkan. Surat arahan akan dikeluarkan sedikit masa lagi

"ANDA MAMPU MENGUBAHNYA" -JANGAN PONTENG KERJA

Utusan Malaysia
2/8/2010



PUTRAJAYA 31 Julai - Awas! penjawat awam yang cuba 'curi tulang' dengan menghabiskan masa di kafetaria atau pusat membeli-belah pada waktu pejabat di sini.

Ini kerana gelagat anda akan dirakamkan menerusi kamera kompak oleh anggota dua skuad pemantau dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Skuad yang ditubuhkan itu akan berkeliaran di lokasi-lokasi yang dikenal pasti antaranya Taman Warisan Pertanian dan Alamanda untuk merakam perbuatan seumpama itu.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan di JPA, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya memberitahu, pemantauan itu dilakukan ekoran aduan orang ramai terhadap sikap segelintir pegawai awam yang tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di pusat membeli-belah semasa tempoh tersebut.

Waktu rehat bagi sektor awam adalah antara 1 hingga 2 petang sahaja tetapi kelonggaran diberikan kepada penjawat awam yang mempunyai urusan rasmi pada waktu itu.

''Pegawai awam yang ditangkap semasa operasi dilaksanakan akan diambil maklumat peribadi mereka dan dipanjangkan kepada ketua jabatan masing-masing untuk diambil tindakan sewajarnya.

''Ketidakpatuhan waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah-Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974.

''Juga, menyalahi Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta Tatakelakuan Pegawai Awam di bawah Peraturan 4," katanya dalam surat Edaran JPA 2020 yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mohd. Azhar berkata, susulan dari tindakan itu, ketua jabatan diminta menguatkuasakan peraturan mengenai pematuhan waktu masuk bekerja pada sebelah pagi dan tengah hari.

''Mereka juga perlu membuat pemantauan secara berterusan di kantin, kafeteria dan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pegawai di bawah seliaan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Korporat JPA, Nik Noraini Nik Ya berkata, meskipun waktu anjal bekerja diperuntukkan kepada penjawat awam namun ia bukan faktor atau alasan untuk duduk minum di kafetaria semasa waktu pejabat.

''Kita ada tiga waktu anjal bekerja iaitu antara 7.30 pagi hingga 4.30 petang, 8 pagi - 5 petang dan 8.30 pagi - 5.30 petang namun kakitangan tidak boleh sewenang-wenang keluar untuk sarapan pada pukul 9 pagi walaupun anda masuk 7.30 pagi.

''Bagaimanapun di sini, pengecualian tertentu bergantung kepada situasi misalnya jika penjawat awam itu dari kalangan guru. Dengan masa bekerjanya antara 7 pagi hingga 1 petang, takkan skuad berkenaan mahu menahannya atas kesalahan itu jika ternampak dia di Alamanda sekitar pukul 3 petang," katanya.

APAKAH WAJAR CUTI BERSALIN 90 HARI

Berita Harian
2/8/2010




PEKELILING Perkhidmatan Awam Bilangan Dua, 1998 memperuntukkan cuti bersalin 60 hari kepada semua penjawat awam di Malaysia. Kemudahan ini seterusnya dilaksanakan oleh kebanyakan sektor swasta apabila peruntukan ini dikuatkuasakan mengikut Akta Kerja 1955.

Peruntukan ini dikira sebagai hak kepada wanita dan bukanlah satu keuntungan yang perlu dipertikaikan. Terkini, selepas Kelantan dan Selangor melanjutkan cuti bersalin kepada 90 hari, rakyat terus mendesak supaya pelaksanaan itu diperluas kepada semua sektor di Malaysia. Wajarkah perlanjutan cuti bersalin ini dilaksanakan?Sebagai pandangan individu, proses mengandung dan bersalin bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh diambil kira sebagai satu perkara remeh. Mengandung selama kira-kira sembilan bulan 10 hari, membentuk wanita kepada pelbagai perubahan, bukan saja dari aspek fizikal dan biologi, malah spiritual, emosional dan psikologi.Justeru, diperuntukkan 60 hari cuti kepada wanita bagi proses pemulihan selepas bersalin. Namun, dari segi kepercayaan tradisi bagi seorang wanita yang benar-benar pulih adalah selama 100 hari dan 90 hari dikira hampir dan wajar diberikan sekiranya pengiraan ini hanya dibuat berdasarkan justifikasi berkenaan.

Tetapi adakah dengan perlanjutan kepada 90 hari masalah wanita selepas melahirkan anak akan selesai?
Tidak sama sekali. Wanita tetap perlu melihat kepada kesan lain selepas cuti bersalin tamat.

Antara faktor yang perlu diambil kira selepas bulan madu tamat termasuk pengurusan penjagaan bagi bayi yang dilahirkan sama ada dihantar kepada penjaga di pusat asuhan atau pusat jagaan yang berdekatan atau perlu diupah pengasuh atau pembantu rumah.
Malah kemudahan bilik penyusuan, waktu kerja anjal dan pelbagai faktor lain perlu diambil kira. Selepas tamat tempoh bersalin, tidak kira sama ada 90 atau 100 hari, wanita tetap mengambil masa senggang untuk membawa bayi untuk imunisasi, cuti sakit (MC) apabila bayi demam, selesema dan lain-lain penyakit yang menyebabkan kepentingan perlanjutan cuti bersalin ini perlu dipertimbangkan.

Perkara ini seterusnya mendatangkan kesan kepada pelbagai pihak khususnya sektor swasta untuk mengelak pembayaran gaji kepada wanita sekiranya tempoh cuti bersalin dilanjutkan kepada 90 hari. Akibatnya kepakaran wanita tidak digunakan sepenuhnya dalam organisasi dan kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh berkurangan secara berterusan.

Justeru, pihak kerajaan perlu menyediakan persekitaran kerja yang kondusif untuk memastikan wanita yang berkemahiran dan mempunyai daya saing tinggi ini dapat terus menyumbang ke arah pembangunan negara.

Setakat dilanjutkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari tidak menjanjikan peningkatan kepada produktiviti negara sekiranya sistem sokongan yang lengkap tidak disediakan sepenuhnya. Faktor waktu anjal kepada wanita perlu diambil kira.

Kepada wanita, peganglah amanah, tanggungjawab serta kepercayaan majikan sewajarnya supaya peranan kita tidak diperlekehkan dan diambil mudah seterusnya melihat kita sebagai khalifah bermaruah.

IBU BEKERJAYA,
Kuala Lumpur.

Sunday, July 18, 2010

Pre Konvensyen CUEPACS 2010


Seramai lebih 200 orang barisan kepimpinan kesatuan gabungan CUEPACS telah mengadakan Pre Konvensyen CUEPACS pada 17-18 Julai 2010 di Bukit Gambang Resort Kuantan Pahang.

Dalam persidangan tersebut pelaporan dari Jawatankuasa Kerja dari Biro-Biro serta laporan dari Jawatantankuasa Gred dan juga Bahagian Negeri telah dibentangkan. Lebih dari 70 isu yang dicatatkan bagi pihak Kongress meneliti dan dikemaskini bagi pembentangan pada sidang konvensyen yang dijangka pada awal bulan Disember 2010.

Semua pihak yang terlibat dikehendaki mengemaskini pelaporan dan menghantar pada urusetia sebelum 15 September 2010.

Friday, July 16, 2010

TAHUKAH ANDA -MAJLIS BERSAMA JABATAN

Apa itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Penubuhan MBJ

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan.

Bidang dan fungsi

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Perkara yang boleh dibincangkan

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

Faedah MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.


MELAYARI FACEBOOK MELALAIKAN PENGGUNA

Ada pendapat positif dan negatif pasal ramai yang melayari facebook. Kalau ada disiplin ok la tidak membuang masa yang sepatutnya buat kerja yang lebih berfaedah dari dok melayari facebook. Terutama masa kerja, dirumah masa bersama keluarga atau masa sepatutnya buat sesuatu yang lebih berfaedah.

Apa yang diperhatikan banyak yang negatif laaa... banyak kerja tertangguh dok asyik monitor dilaman web facebook. Bukan apa nak bagi ingatan pada diri sendiri dan rakan-rakan jangan dok lalai buang masa.... buat dulu kerja yang lebih penting dan berfaedah... kalu ada masa terluang tuu bolehla belayar di facebook kesukaan

Pertukaran JUSA : Julai 2010


CetakPDF
NamaDariKe
15 Julai 2010

YBhg. Dr. Ismail Bin Haji Ahmad

Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar, Kementerian Pertahanan

Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan

01 Julai 2010

YBhg. Dato’ Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah

Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam

YBhg. Dato’ Dr. Muhamad Bin Hamzah

Pengarah, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam

Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim, Jabatan Perdana Menteri

YBhg. Dr. Aminuddin Bin Hassim

Program Cross-Fertilization Ke Khazanah Nasional Berhad

Pengarah, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Jabatan Perkhidmatan Awam

Encik Arifin Bin Che Mat

Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim, Jabatan Perdana Menteri

Penempatan Khas, Jabatan Perkhidmatan Awam

Encik Azizan Bin Mohamad Sidin

Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Ketua Pengarah, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

Puan Rosela Binti Mahayuddin

Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

Timbalan Ketua Setiausaha Ii, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

Encik Bala Singam A/L Karupiah

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Puan Fatimah Binti Ahmad

Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Kebudayaan, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Puan Fauzia Binti Sabiri

Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Khazanah Dan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Kebudayaan Dan Perancangan Strategik, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Kemaskini Terakhir: 15-07-2010 Portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

SENARAI AGENSI INSURAN YANG DIPERAKUI OLEH CUEPACS

AGENSI NO.1 : CHONG KOK AN

Nama Agensi : Chong Kok An

Alamat : 8-2, jalan 3/114, Kuchai Business Centre
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur.

Nama Skim : CUEPACS-Great Eastern
Skim Berkumpulan Pelbagai Manfaat Dana Restu
Bermula 18 Disember 2005
Mendapat kelulusan sesi 2004-2007


AGENSI NO.2 : JAMES D. RAVI & ASSOCIATES

Nama Agensi : James D. Ravi & Associates

Alamat : Level 3, Bangunan PSM
No 178, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur.

Nama Skim : CUEPACS-Great Eastern [CUEPACS Living Care]
Skim Berkumpulan Dana Restu Pelbagai Manfaat
Bermula 10 Oktober 2002
Mendapat kelulusan sesi 2001-2004 & 2004-2007


AGENSI NO.3 : JAYA RISK CONSULTANTS

Nama Agensi : Jaya Risk Consultants

Alamat : 35A, Jalan Jernang 27/8
40000 Shah Alam
Selangor.

Nama Skim : CUEPACS Group PA

Skim Insuran Berkumpulan Khas
Bermula 10 May 2007
Mendapat kelulusan sesi 2004-2007

AGENSI NO.4 : MENTARY CONSULTANCY

Nama Agensi : Mentary Consultancy

Alamat : Wisma CUEPACS
34B, Jalan Yew off Jalan Gajah
55100 Pudu
Kuala Lumpur.
[Penyewa ruang pejabat CUEPACS]

Nama Skim : Skim Syariah CUEPACS

Kerjasama Takaful Ikhlas Sdn Bhd.
Bermula : 2004


AGENSI NO.5: FAUZI ABDUL JALIL SDN. BHD

Nama Agensi : Agensi Fauzi Abdul Jalil Sdn Bhd

Alamat : 965, Kompleks Peruda Baru
Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar
Kedah.

Nama Skim : Skim Ikhtiari CUEPACS

Skim Insuran Berkumpulan Komprehensif
Milik MCIS Zurich Insuran Berhad
Bermula 2009

AGENSI NO.6 : MEDICARE ASSISSTANCE SDN. BHD
Nama Agensi : Medicare Assistance Sdn Bhd

Alamat : 51-A, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah
Taman Sri Andalas
41200 Klang
Selangor.

Nama Skim : CUEPACSCARE & CUEPACS PA

Skim Kesihatan CIMB Aviva
Bermula 25 Jun 2003
Mendapat kelulusan sesi 2001-2004


PERANGAI KAKITANGAN AWAM CURI TULANG


Jam hampir menginjak ke pukul 10 pagi, mereka masih lagi rancak berborak, sambil menghirup teh tarik yang sudah sejuk dan sesekali menyedut asap rokok. Sesuatu yang pasti mereka ini sudah berada di kedai ini seawal pukul 9 pagi.

Apabila penulis bergerak untuk membayar kira-kira pukul 9.50 pagi, langsung tidak kelihatan mereka akan bangun dan kembali ke pejabat masing-masing.

Soalannya, tidak bekerjakah mereka atau sudah siap semua kerja yang diamanahkan? Berapa jam sebenarnya mereka ini bekerja dalam sehari, jika ditolak masa terbuang semasa bersarapan dan makan tengah hari.

Adilkah perbuatan ini? Mereka mendapat gaji yang sudah semestinya daripada duit rakyat, berbanding dengan kakitangan lain yang tekun bekerja seperti guru yang memulakan tugas seawal 7.30 pagi dan akan habis pada sebelah petang jika tidak ditambah dengan aktiviti kokurikulum atau kerja-kerja perkeranian.

Selain itu, saban tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan berjuang untuk meminta bonus dan kenaikan gaji. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkali-kali mendambakan perkhidmatan terbaik kelas pertama daripada penjawat awam.

Tetapi pada masa sama masih terdapat segelintir yang seolah-olah sekadar menumpang dan mengambil kesempatan daripada nikmat yang dilimpahkan kerajaan. Oleh itu, jangan hanya kerana segelintir atau kerana nila setitik akan menyebabkan seluruh sektor awam dipandang serong.

Beberapa tahun lepas, masih segar diingatan penulis teguran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terhadap segelintir penjawat awam yang sanggup memandu hingga ke Nilai atau Port Dickson dari Seremban hanya semata-mata untuk bersarapan atas alasan makanan di tempat berkenaan lebih lazat.

Apa salahnya sesekali pihak-pihak berkuasa dalam sektor awam ini turun padang dan membuat kunjungan 'hormat' ke restoran-restoran yang mempunyai rating tinggi bagi melihat sendiri perangai anak-anak buah mereka.

Kerja iaitu mencari rezeki halal adalah ibadah yang akan diperhitungkan soal dosa pahala di akhirat. Dalam mengerjakan ibadah tiada istilah jalan pintas semuanya wajib dilakukan mengikut turutan atau rukun.

Berkatkah rezeki yang diperoleh jika jalan pintas diamalkan? Bagaimana hukumnya pendapatan yang dituai pada hujung bulan itu diberi makan kepada anak-anak dan untuk saraan keluarga?

Malah pada padang mahsyar nanti, segala perbuatan kita akan dihisab dan dipertontonkan kepada umum, mulut akan terkatup rapat, anggota badan pula yang akan mengambil peranan menjelaskan setiap apa yang dilakukan oleh tuan punya badan, walaupun sekecil zarah sekalipun.

Timbang-timbangkanlah hidup di dunia hanya sementara sebelum meneruskan perjalanan abadi ke akhirat

Thursday, April 15, 2010

Penamatan Perkhidmatan Paksa

Di bawah ini dinyatakan jenis Penamatan Perkhidmatan Paksa:-

i. Persaraan kerana mencapai umur 55/56/58 tahun
ii. Persaraan atas sebab kesihatan
iii. Persaraan kerana jawatan yang dipegang dihapuskan
iv. Persaraan atas sebab penyusunan semula organisasi
v. Persaraan atas alasan pekerjaan anggota telah ditamatkan demi kepentingan awam
vi. Persaraan atas alasan memperoleh kewarganegaraan asing (berkuat kuasa bagi lantikan baru pada atau selepas 16.5.1986)
vii. Persaraan atas alasan memberi maklumat palsu bagi maksud pelantikan ke dalam perkhidmatan Kerajaan (berkuat kuasa bagi lantikan baru pada atau selepas 12.4.1991)
viii. Persaraan atas alasan kepentingan negara
ix. Persaraan demi kepentingan Perkhidmatan Awam
x. Persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan perniagaan atau pertubuhan antarabangsa
xi. Dibuang kerja
xii. Ditamatkan kontrak

Tuesday, April 6, 2010

Tingkatkan produktiviti - " No morning tea break "

"Morning tea break" tidak ada dalam peraturan perintah am JPA. Pemberian masa untuk "morning tea break"adalah ehsan jabatan masing-masing. Terdapat kakitangan awam yang menyalah guna masa dengan menghabiskan masa berjam-jam dikantin atau diluar pejabat atas urusan lain"Tan Sri Ismail Adam menjelaskan dalam ucapan aluan mesyuarat bersama CUEPACS di JPA baru-baru ini.

Tambahnya lagi "Senario yang tidak baik ini mestikah dihentikan segera bagi meningkatkan tahap produktivi sektor awam kearah perkhidmatan awam yang kelas pertama. Adalah diakui walau sebaik mana pun perkhidmatan diberi pastinya masih terdapat segelintir kakitangan yang menyebabkan nama baik perkhidmatan awam tercemar.Masa ini produktiviti dan kreativiti serta innovasi yang memudah dan menambahbaik perkhidmatan awam amat dialu-alukan"

BAYAR 100% PAMPASAN BERSARA PILIHAN

Didalam mesyuarat CUEPACS bersama Tan Sri Ismail Adam KPPA pada 5 April 2010, Terdapat keperluan majikan menasihatkan kakitangan bersara awal yang mungkin dapat menyelesaikan masaalah kakitangan serta bagi tujuan yang menguntungkan pihak kerajaan( kalau bersara awal jabatan akan kehilangan, tetapi kalau tak bersara kerajaan semakin rugi). Dalam keadaan ini Dato Yeow selaku Timbalan KPPA Bahagian Saraan menyatakan bahawa bayaran 100% boleh diluluskan atas cadangan Ketua Jabatan bagi tujuan diatas. Terdapat faktor lain saperti bebanan hutang, pengajian anak-anak, kesihatan.

Alasan awal JPA semoga kakitangan yang mahir dapat memindahkan kemahiran kepada kakitangan baru serta dapat meringankan beban kerajaan buat sementara waktu untuk membayar pampasan pesaraan awal buat masa ini. JPA berharap keadaan ini akan kembali seperti biasa setelah senario kewangan kerajaan semakin baik.

Pihak Tan Sri KPPA mengarahkan kajian dibuat bagi meneliti pekeliling berkaitan.

Friday, March 26, 2010

Seminar Badan Berkanun & Kuasa Tempatan


Seminar Kesatuan Gred Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan telah diadakan di Hotel Langkasuka Pulau Langkawi pada 25-28 Mac 2010 anjuran CUEPACS. KPPR telah menghantar wakil seramai 5 orang bagi program. Seminar yang julung kali diadakan bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pemimpin kesatuan yang bernaung dbawah Gred Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan. Seramai 80 orang telah hadir dari 18 kesatuan gabungan.

Saudara Aziz Muda selaku Timbalan Presiden 1 CUEPACS telah merasmian Seminar Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, manakala Majlis Penutup oleh Tuan Haji Omar Osman selaku Presiden CUEPACS. Program Seminar ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Shamsudin Mohd Noor Naib Presiden Gred Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan.

Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2010

Ahli Majlis Tertinggi KPPR bersama dengan 30 orang ahli KPPR cawangan Terenganu akan menyertai sambutan Hari Pekerja tahun 2010 yang dijangka akan diadakan di Kuala Terengganu. CUEPACS mensasarkan seramai 2500 orang ahli gabungan CUEPACS akan hadir. Penyertaan ahli-ahli dari Negeri Terengganu amat dialu-alukan bagi menandakan sokongan kepada perjuangan KPPR yang bergabong dengan CUEPACS. KPPR Cawangan Terengganu diminta komited untuk menjayakan program ini.

Mesyuarat EXCO 1/2010 PRN Pulau Pinang


KPPR telah mengadakan mesyuarat exco kali pertama 2010 di PRN Pulau Pinang pada 25 Mac 2010. Sebelum mesyuarat diadakan, exco KPPR telah mengadakankunjung hormat bersama Encik Awiskarni bin Zulkarnaini Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang.

Seramai 11 orang barisan exco telah hadir bagi membincangkan isu-isu semasa dan pentadbiran KPPR. KPPR merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada PRN Pulau Pinang diatas kerjasama dan kemudahan yang diberikan semasa mesyuarat berlangsung. Dimasa akan datang KPPR bercadang mengadakan mesyuarat di PRN/PRD/PRJ bagi membolehkan ahli-ahli menyuarakan masaalah dan cadangan untuk kebaikan bersama.Insyaalah pada kali 2/2010 mesyuarat dijangka akan diadakan di PRD Pontian,Johor pada bulan Julai 2010.

Saturday, March 20, 2010

Apa Kata Dato KP February 2010


Bermula Januari 2010, kita telah melebarkan sayap ke Negeri Sabah dengan pembukaan pejabat RISDA Negeri di Kota Kinabalu. Ini akan disusul dengan pembukaan 5 lagi Pejabat RISDA daerah iaitu di Semporna, Kota Marudu, Keningau, Sandakan dan Kota Kinabalu. Dengan ini, RISDA telah beroperasi di semua 13 buah negeri di Malaysia yang akan memberi perkhidmatan dan memanfaatkan sektor pekebun kecil.


Keadaan ekonomi dunia yang belum pulih, harga komoditi getah dan sawit terus meningkat dan stabil. Harga getah SMR 20 (f.o.b) dan Minyak Sawit Mentah (CPO) sekarang adalah RM9.91/kg dan RM2,435/MT. Ini bermakna harga ladang (farm gate price) bagi getah adalah RM5.00/kg dan sawit RM480/MT. Seharusnya dengan harga komoditi yang baik ini akan dapat imanfaatkan oleh pekebun kecil dari segi produktiviti dan seterusnya meningkatkan pendapatan

Empat teras utama dalam MEB adalah:

1) Pendidikan kreatif dan Inovasi,
2) Membudayakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di kalangan rakyat Malaysia,
3) Memperkukuhkan sistem kewangan dan pasaran modal.
4) Menjayakan kesemua bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berpandukan Petunjuk Prestasi Utama.

Empat Tiang Utama - PM

Pertama: Membudayakan Kreativiti dan Inovasi. Mahu tidak mahu para penjawat awam mesti berfikir di luar lingkungan kotak.Saya tidak mahu budaya "automation" menjadi satu hakikat kehidupan dalam sektor awam. Kita seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikantanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian-penyelesaian kreatif daninovatif di luar kelaziman.

Kedua : Mementingkan Kepantasan bertindak dan membuat keputusan. Janganlah kita melengahkan apa yang mampu kita laksanakan hari ini kepada hari esok atau lusa. Mengambil petua orang tua-tua, kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan. Dalam konteks ini janganlah kita lambatkan apa yang kita boleh selesaikan saat ini kepada detik, minit, jam, hari, minggu, bulan mahupun tahun yang berikutnya. Sememangnya kepantasan bertindak dan membuat keputusan akan menyebabkan keyakinan rakyat bertambah kepada kerajaan.
Kerajaan perlu dilihat pantas mengotakan janji. Contoh terbaik adalah, apabila saya mengumumkan Klinik 1Malaysia dalam ucapan bajet tahun lalu, lebih kurang dua bulan kemudian ia sudah menjadi realiti. Begitulah juga imbuhan tetap bulanan kepada Johan Qari dan Qariah Tilawah Antarabangsa, telah kita tunaikan tidak sampai 3 minggu setelah diumumkan.
Kepantasan bertindak dan membuat keputusan seperti ini akan juga meningkatkan "velocity of money" atau halaju kitaran wang dalam sistem ekonomi negara. Keputusan cepat, pantas dan tanpa bertangguh perlu dibuat terutamanya yang melibatkan kelulusan urus niaga, pemberian lesen, development order, tender, kontrak, sebut harga, pembayaran kerja dan lain-lain perkara yang melibatkan implikasi kewangan kerana ia mampu merangsang pertumbuhan ekonomi negara seterusnya menambah kekayaan nasional. Hal ini tidak lain tidak bukan, pada analisa akhirnya akan menguntungkan negara dan rakyat. Jelas sekali, budaya melambat-lambatkan sesuatu keputusan akan hanya merugikan rakyat dan negara.

Ketiga : Nilai untuk Wang atau "Value for money". Dalam aspek ini, pembaziran, penyelewengan dan gejala salah urus hendaklah dihapuskan daripada pengurusan kewangan awam. Sesungguhnya, setiap ringgit dan sen perbelanjaan hendaklah mendapat pulangan nilai paling maksima kepada kerajaan dan rakyat. Dalam kata lain, kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaannya. Untuk mencapai matlamat nilai untuk wang, maka kaedah pengurusan nilai atau "value management" perlulah diterapkan dalam semua pengurusan projek-projek kerajaan
bermula dari peringkat awal lagi. Pengurusan nilai perlu menjadi wahana yakni alat pengurusan atau "management tool" untuk mencapai nilai untuk wang. Dengan kaedah 11
ini diharapkan dapat mengubah cara kita merancang dan melihat sesuatu projek. Kita perlu menyoal assumption atau andaian yang ada, adakah terdapat kaedah atau cara yang lebih baik untuk mendapat pulangan optimum kepada perbelanjaan kerajaan. Ada banyak contoh di mana perbelanjaan kerajaan berjaya dijimatkan dengan pengurusan nilai. Ia seharusnya merangkumi pra dan pasca projek termasuklah pemilihan lokasi, rekayasa dan reka bentuk sehingga pemilihan bahan pembinaan yang bersesuaian. Kita perlu mengambil kira "total life cycle cost" atau kos keseluruhan kitar hayat sesuatu projek. Sekiranya kita tidak mengambil kira kos-kos yang tersembunyi termasuk kos penyelenggaraan, maka, ia mungkin mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan kewangan kerajaan kemudian hari nanti. Sehubungan itu, sukacita saya mengesyorkan bahawa ganjaran istimewa akan diberikan kepada mana-mana pegawai atau kumpulan pegawai yang berjaya mendatangkan penjimatan yang besar kepada pihak kerajaan. Pendek kata, kita mahu para penjawat awam sentiasa mencari kaedah pelaksanaan yang berkesan dan efektif melibatkan penjimatan. Ertinya dengan jumlah kos yang sama tetapi kita berupaya mendapat kualiti yang lebih baik.

Keempat : Nilai Integriti. Sememangnya, transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Ringkasnya, tanpa integriti maka segalanya tidak akan bermakna. Sesungguhnya, penjawat awam adalah khadam pemelihara kepentingan awam atau "Custodian of the public interest". Jika tuan-tuan dan puan-puan sekalian tidak memiliki integriti maka kepercayaan dan keyakinan rakyat akan hilang. Kata pepatah lama, harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama. Kita boleh mencari kuasa, kekayaan, kedudukan dan ilmu pengetahuan tetapi tanpa integriti kita tidak akan mempunyai nama yang baik sedangkan nama yang baik amatlah mustahak. Inilah yang akan dikenang oleh rakyat dan dicatat dalam sejarah.

Sunday, March 14, 2010

Minda Blogger: Badan Berkanun tak perlu menerima pakai Pekeliling JPA yang merugikan Pekerja

RISDA sebagai sebuah badan berkanun mempunyai peraturan yang tersendiri yang mana peranan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa RISDA menentukan penerimaan peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pihak pekerja amat mengalu-alukan penerimaan pemakaian peraturan yang menguntungkan pihak pekerja. tetapi sebaliknya terdapat beberapa peraturan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam merugikan dan menyusahkan pekerja. Contohnya dengan peraturan pindaan pembayaran Pencen Pilihan yang menghadkan 20% atau minima RM10,000 amat merugikan pekerja dan merugikan RISDA.

Bagi Pekerja yang memang patut bersara kerana kurang pretasi serta bermasaalah adalah lebih baik bersara pilihan kerana ianya menguntungkan organisasi yang membayar gaji yang mahal tanpa pulangan yang setimpal.

Manakala Pekerja yang hampir bersara mempunyai perancangan yang tersendiri memilih bersara awal dapat menggunakan wang pampasan untuk bertukar kebidang kerjaya lain. Bagi Pekerja yang mempunyai masaalah bebanan hutang yang berat, bersara pilihan adalah yang terbaik kerana dengan sejumlah wang pampasan dan GCR dapat melepaskan dari cengkaman hutang dan memulakan hidup baru bebas dari hutang bila bersara.

Kesimpulan dari faktor diatas, RISDA sebagai sebuah badan berkanun mempunyai pilihan menggunakan kuasa yang ada pada Majlis Pihak Berkuasa untuk TIDAK menerimapakai peraturan atau pekeling-pekeliling yang tidak menguntungkan pekerja RISDA. Sekiranya peraturan telah diterima, diharap ianya boleh dikaji semula oleh pihak Pengurusan RISDA untuk dikemukakan kepada Pihak Berkuasa RISDA untuk menolak arahan atau pekeliling tersebut.

Thursday, March 11, 2010

PELAPIS PEMIMPIN KESATUAN

Bagi mencari bakat baru bagi kepimpinan Kesatuan masa depan, CUEPACS menganjurkan Bengkel Pelapis bagi Kesatuan Gabungan akan diadakan pada 14-16 April 2010 di Hotel Grand Continental Pulau Pinang.

Penyertaan adakan terbuka kepada Kesatuan Gabungan CUEPACS yang berumur dibawah 40 tahun. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Setiausaha Agong KPPR bagi urusan mengisi borang permohonan. CUEPACS amat berharap kepada Kesatuan Gabungan menghantar seberapa ramai calon pemimpin masa depan untuk digilap bakat kepimpinan.

Tuesday, March 9, 2010

CUEPACS KIV Majlis Penerangan Kebajikan

Mesyuarat MajlisTertinggi CUEPACS pada 24/2/2010 memutuskan semua jenis Majlis Penerangan Kebajikan dan Insuran atas nama CUEPACS ditangguhkan bagi mengelakkan masaalah yang akan dihadapi oleh ahli-ahli. Satu Pelarasan perlu dilakukan terlebih dahulu disebabkan terdapat nama CUEPACS di gunakan secara meluas bagi mendapat kemudahan Majlis Penerangan dari Ketua Jabatan.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara diatas bolehlah menghubungi Ibupejabat CUEPACS

PASAL OVERTIME TAK BAYAR ??

KUALA LUMPUR: Cuepacs menyarankan pekerja Kumpulan Sokongan II membuat kerja sampingan bagi menjana pendapatan tambahan sekiranya jabatan tidak mempunyai peruntukan bagi membayar kerja lebih masa yang dilakukan.Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs ada menerima aduan dari pekerja kumpulan sokongan itu bahawa mereka tidak dibayar bagi kerja lebih masa yang dilakukan atas alasan jabatan tidak mempunyai peruntukan atau "bajet"."Jadi buatlah kerja anda seperti biasa dari 8 pagi hingga 5 petang, lepas itu tidak perlulah buat OT (kerja lebih masa), pergilah tukar baju, jadi pemandu teksi ke," katanya ketika ditemui pemberita pada bengkel tatatertib sektor awam dan mesyuarat khas Majlis Kongres Cuepacs di sini hari ini.

Omar berkata pihak jabatan sepatutnya membayar kerja lebih masa yang dilakukan walaupun tidak sepenuhnya agar tidak menjejaskan produktiviti."Janganlah tidak membayar langsung. Contohnya, jika pekerja buat kerja lebih masa 100 jam, sekiranya jabatan tidak boleh membayar 100 jam, bayarlah bagi 70 jam kerja lebih masa. Lagi 30 jam dijadikan sebagai cuti gantian," katanya.Omar berkata terdapat hampir 450,000 pekerja Kumpulan Sokongan II di bawah Gred 1 hingga 16 yang terdiri daripada pemandu, pembantu am pejabat, pembantu rawatan kesihatan dan pekerja rendah awam yang mana 60 peratus daripadanya membuat kerja lebih masa.

Sementara itu, beliau meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 4/2010 supaya memberikan bayaran pampasan sepenuhnya kepada mana-mana kakitangan awam yang memilih untuk bersara awal."Ketika ini mana-mana kakitangan awam yang bersara awal dibayar pampasan 20 peratus daripada gaji akhir mereka atau RM10,000. Dan bakinya dibayar selepas mereka berumur 56 atau 58 tahun. Jadi, saya harap JPA dapat kaji semula pekeliling ini," katanya.

Beliau juga berkata CUEPACS akan memohon mana-mana anggota perkhidmatan awam yang dibuang kerja kerana melakukan kesalahan tatatertib yang tidak melibatkan rasuah atau jenayah layak menerima pampasan sepanjang perkhidmatannya.